SK Sungai Lada Ungguli Johan Bola Jaring MSSWPL 2 Kali Berturut-turut TAHUN 2020 Pedas Berhabis!

BERGAYA : Pasukan Bola Jaring SKSL tampil segak bergaya. Dari Kiri Claire Ivory Jimeno, Nou’r Zahirah, Heryssa, Azimah Fauzana, Siti Norhalis, Nur Sorfina Safwah, Diana Emylia, Claire Ivony, Siti Fadiyah.

Labuan, 27 Feb 2020 – Sekolah Kebangsaan Sungai  Lada merangkul gelaran Johan 2 kali berturut-turut dalam Kejohanan Bola Jaring, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Labuan (MSSWPL) tahun 2020.

Mengimbas kembali sejarah lampau, Sekolah Kebangsaan Sungai Lada merupakan pesaing utama dalam sukan bola jaring dalam era 80-an dan 90-an. SK Sungai Lada pernah mendapat Naib Johan(2015), Johan(2016), tempat ketiga(2017), Naib Johan(2018) dan Johan (2019). Sukan Bola Jaring dipilih sebagai sukan kebitaraan buat SK Sungai Lada.

Barisan pemain bola jaring SK Sungai Lada : Diana Emylia Binti Ali, Nou’r Zahirah Binti Mukti, Nur Fatin Farhana Binti Md Sakri, Siti Norhalis Binti Ortiz, Claire Ivony Jimeno, Claire Ivory Jimeno, Heryssa Hazell Binti Hermon, Nur Sorfina Safwah Binti Sanusi, Siti Fadiyah Binti Mohd Syaifudin Duakim dan Azimah Fauzana Binti Abd Rauf.

Pasukan SK Sungai Lada dibarisi Pengurus Pasukan Siti Aliza Binti Ag. Emran, Mohammad Hanafi Bin Salim (jurulatih), Noranisah Binti Junaidi(jurulatih), Tracy Jipiu(pegawai fisioterapi),Federica S. Inansul (pegawai teknikal), Siti Safiah(guru pengiring) dan Aida(guru pengiring).

Pertandingan bermula pada 17 Februari  dan Pertandingan akhir telah diadakan pada 19 Februari 2020 bagi kategori sekolah rendah. Penyampaian hadiah telah dibuat di Dewan Arena Bukit Kuda pada 27 Februari 2020(Khamis).

FINAL : Sesi bergambar antara pasukan SK Lubok Temiang dengan pasukan SK Sungai Lada perlawanan akhir MSSWPL

Majlis penyampaian hadiah bola jaring telah disempurnakan oleh Encik Abdul Rahman bin Ahmad, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid. Turut hadir Encik Asbola @ Hasbollah bin Amit, Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Encik Ag. Rozlan bin Manan, Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun dan Encik Rosli Mohd Ali, Guru Besar SK Bukit Kalam.

Pemain terbaik kategori sekolah rendah diungguli oleh Nur Sorfina Safwah, SK Sungai Lada sebagai pemain tengah terbaik, Claire Ivony Jimeno juga dari SK Sungai Lada dipilih sebagai penjaring terbaik. Adik Claire Ivory Jimeno telah merangkul dua kategori iaitu pemain pertahanan terbaik dan pemain terbaik.

Berikut adalah keputusan SKSL sepanjang perlawanan bola jaring MSSWPL :

1 SKSL vs SKPP 13 – 0 Perlawanan dalam Kumpulan A
2 SKSL vs SKB 11- 0 Perlawanan dalam Kumpulan A
3 SKSL vs SKKRR 13- 1 Perlawanan dalam Kumpulan A
4 SKSL  vs SKSB 13 – 2 SUKU AKHIR
5 SKSL  vs   SKBK 16 -1 SEPARUH AKHIR
6 SKSL   vs   SKLT 16 – 2 PERLAWANAN AKHIR

“Pemilihan pemain bola jaring dan jadual latihan intensif telah dibuat sejak awal bulan Januari 2020. Perlawanan persahabatan juga dibuat dengan beberapa buah sekolah yang berdekatan untuk mengenalpasti kelemahan dan memperkuatkan pasukan sebelum kejohanan sebenar.” kata Pengurus Pasukan Siti Aliza Binti Ag Emran.

Guru Besar Encik Maidan Dali amat gembira mengucapkan tahniah kepada pasukan bola jaring dan usaha semua guru penasihat di atas usaha membantu mengekalkan juara bola jaring MSSWPL buat kali kedua berturut-turut.

Jurulatih pasukan bola jaring  Mohammad Hanafi Bin Salim dan Noranisah Binti Junaidi juga menambah mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang memberikan kerjasama dan menghantar pemain ke sekolah untuk menjalani latihan intensif pada setiap petang. Ini secara tidak langsung menyuntik semangat terhadap pasukan bola jaring SKSL.

JOHAN : Pasukan Bola Jaring SKSL bergambar dengan Guru Besar Encik Maidan Dali, pentadbir, jurulatih dan guru penasihat.

SKSL PEDAS BERHABISSSS!

Loading

image_pdfimage_print