SM Sains, SM St Anthony dan SMK Taman Perumahan Bedaun Catat 100% Calon Layak Dapat Sijil SPM 2019

Dari belakang kiri Encik Ag Marten, Encik Sabdin, Tuan Haji Sawal, Encik Raisin Saidin, Puan Dona, Encik Yusup dan Puan Maimoon bersama pelajar-pelajar cemerlang SPM 2019

Labuan, 5 Mac 2020 – SM Sains Labuan, SM St Anthony dan SMK Taman Perumahan Bedaun mencapai 100% calon layak mendapat Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2019.

Pengarah Pendidikan WP Labuan, Encik Raisin Saidin, ketika mengumumkan keputusan itu di Dewan Terbuka SM St Anthony, hari ini.

871 orang calon layak mendapat sijil dengan jumlah peratus 90.35% berbanding 840 orang calon  dengan jumlah peratus 92.72% tahun  2018 perbezaan 2.37%.

Pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) pula adalah 5.12 berbanding 4.98 pada 2018.

Seramai 12 orang atau 1.24 peratus daripada 964 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan skor A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pada keseluruhannya pencapaian calon sekolah kerajaan di Labuan dalam SPM 2019 untuk setiap mata pelajaran adalah amat memberangsangkan.

15 mata pelajaran telah mencapai kelulusan 100% daripada 35 mata pelajaran yang diambil oleh calon.

Ceria dan Gembira ! guru-guru dan pelajar-pelajar cemerlang SM Sains berswafoto bersama Pengetua Tuan Haji Syukri

Calon-calon cemerlang SPM 2019 Labuan ialah :

Bil Nama Calon Sekolah Keputusan
1. NURIN ANIS FARIHAH BINTI MOHD AZID SM Sains 7(A+), 2(A)
2. ARMAN IDLAN BIN HAIDIS SM Sains 4(A+), 4(A), 1(A-)
3. MIRZA SYAHMI BIN AFANDI SMK Mutiara 4(A+), 4(A), 3(A-)
4. MOHAMAD DANIEL HAKIM BIN MATDAIM SM Sains 4(A+), 3(A), 2(A-)
5. MOHAMMAD SHAHRIZAL BIN NORISHYAM SM Sains 4(A+), 3(A), 2(A-)
6. MUHAMMAD LUQMAN EMAN BIN MOHD SALLEH SM Sains 4(A+), 2(A), 3(A-)
7. RUBENRAJ A/L NANDA KUMAR SMK Labuan 4(A+), 2(A), 3(A-)
8. MOHD AZUNADEN SM Sains 3(A+), 4(A), 2(A-)
9. SUFY AZYRA BINTI MOHD AZRIE SM Sains 2(A+), 4(A), 3(A-)  
10. CHAU LINDON SMK Labuan 1(A+), 2(A), 6(A-)  
11. DAHLIA FARISAH BINTI DERIN SM St Anthony 7(A), 2(A-)  
12. SIT JING YEE SMK Labuan 3(A), 5(A-)  
Syabas dan Tahniah ! Gambar Kenangan : Adik Mirza Shahmi bin Afandi bersama ibu bapa

Loading

image_pdfimage_print