Labuan, 13 Mac 2020 – Sekolah Sukan Negeri SMK Mutiara dan Sekolah Kebangsaan Kerupang dinobatkan sebagai juara baharu Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWPL) Kali Ke 20 tahun 2020.
SSN SMK Mutiara merampas kembali kejuaraan Kejohanan Olahraga MSSWPL yang dimenangi oleh SMK Pantai dua tahun berturut-turut pada tahun 2018 dan 2019.
SMK Mutiara unggul dengan pungutan 17 pingat emas, 9 perak dan 9 gangsa.
SMK Pantai IBWS terpaksa berpuas hati di tempat ke-dua dengan pungutan 13 emas, 16 perak, 6 gangsa, manakala SBT SM Sains meraih tempat ke-tiga dengan 11 emas, 6 perak dan 6 gangsa.
SK Kerupang mengungguli kategori sekolah rendah dengan mendapat 6 emas, 1 perak, 2 gangsa.
SJK(C) Chung Hwa muncul naib johan dengan 3 emas, 1 perak, 1 gangsa dan SK Sungai Bedaun di tempat ke-tiga dengan 3 emas, 1 perak, 1 gangsa.
Kontinjen SMK Labuan dan SK Sungai Bedaun dinobatkan sebagai Johan perbarisan kategori menengah dan rendah pada kali ini.
SMK Mutiara dan SM St Anne masing-masing mendapat naib johan dan ketiga perbarisan sekolah menengah.
SK Bukit Kalam naib johan dan tempat ketiga SK Bebuloh bagi pertandingan perbarisan kategori sekolah rendah.
Kejohanan berlangsung di Kompleks Sukan Labuan, bermula 9 Mac dan berakhir hari ini.
Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Encik Raisin bin Saidin.
Encik Raisin Saidin dalam ucapannya berkata pungutan pingat bukan merupakan sasaran utama tetapi yang lebih penting adalah ukhuwah yang terjalin dan kualiti kesihatan yang diperolehi sepanjang melaksanakan sukan ini.
Atlet SMK Mutiara, Aizul Hussin muncul olahragawan terbaik 18 tahun dengan memenangi 3 emas, 1 perak dan 1 gangsa. Beliau mencatat 3 rekod baharu kejohanan dalam acara 100 meter lari bepagar, 400 meter lari berpagar dan lompat kijang.
Manakala Julianne Myra Robin dari Kolej Vokasional dinobatkan sebagai olahragawati 18 tahun dengan pungutan 3 emas melalui acara 200 meter, 100 meter dan merejam lembing.
Mohd Hadi dari SMK Lajau memenangi olahragawan kategori 15 tahun dengan 3 emas 400 meter, 200 meter dan 800 meter.
Kontinjen SMK Mutiara semakin ceria setelah Dayangku Nurdzyuhairah bt Ak Abdul Rahman meraih olahragawati 15 tahun dengan 4 emas dan 1 perak.
Anugerah Olahragawan dan Olahragawati 12 Tahun telah dimenangi oleh atlit dari SK Kerupang iaitu Muhammad Syahputra Hafify El bin Rozi atlet SK Kerupang dan Nur Shafira bt Sambarin.
Muhammad Syahputra menggondol 3 emas melalui acara 100 meteri, 200 meter dan 4 x 100 meter, manakala Nur Shafira memenangi 2 emas dalam acara 400 meter dengan catatan rekod baharu kejohanan dan 4 x 100 meter serta 1 perak dalam 4 x 200 meter.
Untuk rekod, SM St Anne dan SKK SK St Anne merupakan pengelola bersama Kejohanan Olahraga MSSWPL Kali ke 20 Tahun 2020.
“ Sekalung Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kejohanan kali ini. ” Pengelola bersama SM St Anne dan SKK SK St Anne
Berikutan cuaca yang agak panas dan sebagai langkah berjaga-jaga dalam penularan wabak Covid -19, acara majlis penutupan disusun semula supaya menjadi lebih singkat.
“ Langkah memendekkan masa ini merupakan salah satu daripada intervensi Jabatan Pendidikan Labuan bagi memastikan kesihatan murid dan guru serta ibu bapa yang hadir memeriahkan kejohanan sentiasa diutamakan”.
“ Setiap sekolah juga telah menyediakan kanopi yang sesuai untuk para peserta perbarisan masing-masing berlindung dari cuaca panas ketika menunggu pengumuman para pemenang dan juara keseluruhan. Apapun saya yakin kemeriahan kejohanan olahraga ke-20 ini dirasai oleh semua atlet dan murid-murid guru dan ibu bapa. ” Encik Raisin Saidin