Rancang Awal, Fahami Prosedur Sebelum Bersara

Peserta kursus sedang mendengar taklimat mengenai pra persaraan

Labuan, 7 Apr – Rancang awal dan fahami prosedur permohonan sebelum bersara adalah antara intipati utama kursus Pra Persaraan kepada 39 orang warga pendidikan Labuan yang bakal bersara.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini, dari 4 hingga 5 April 2017  juga memberi kefahaman kepada para peserta tentang hak mahupun takrifan pencen secara lebih dekat untuk mengelakkan kekeliruan di masa akan datang.

Selain itu, peserta didedahkan berkenaan pemahaman mengenai pengiraan dan penyemakan Gantian Cuti Rehat (GCR).

Penceramah kursus ialah Puan Ajiejah bt Lajim, Ketua Unit Perkhidmatan, Sektor Pengurusan dan Pembangunan, Jabatan Pendidikan WP Labuan, selain penceramah jemputan dari Bank Muamalat.

Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling yang merupakan urusetia program, Encik Sabdin Japaruddin turut berkongsi ilmu Psikologi Persaraan.

Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Cawangan Negeri Sabah yang diketuai sendiri oleh Yang Di Pertuanya iaitu Datuk Hj. Zulkifli bin Hj Jaafar berkelapangan memberi taklimat dan mempromosikan persatuan tersebut kepada bakal pesara.

Gambar kenangan Encik Raisin Saidin, Datuk Hj Zulkifli, Encik Sabdin, Puan Ajiejah bersama bakal pesara

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh  Encik Raisin Saidin, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Labuan.

Dalam ucapannya, warga pendidikan yang bakal bersara, perlu membuat perancangan teliti bagi meneruskan hidup yang berkualiti di alam persaraan kelak.

“Persaraan mengingatkan kita kepada realiti bahawa kita telah banyak menyumbang dan menabur bakti serta turut bersama membangun dan melakar sejarah bangsa, membina nama dalam pencapaian dunia pendidikan”, katanya lagi.

Turut hadir, Datin Hajjah Dayang Pungut bt Abdul Jalil, Pengerusi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Cawangan Labuan dan Tn Hj Mohamad Hamka Hj Hamzah, mantan Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling.

Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Cawangan Labuan

 

Encik Raisin Saidin (kanan), Encik Sabdin(kiri) dan peserta kursus Encik Sahar (tengah)
image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.