GROW 5.0 : Mencungkil Potensi Murid Melalui Pencapaian Pentaksiran Akademik

5-6 April 2017, – Bengkel Grow 5.0 Tahun 2017 telah dilaksanakan di Makmal Komputer Bahagian Teknologi dan Pendidikan Negeri, WP Labuan.

Pihak Jabatan pendidikan WP Labuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah iaitu Encik Fadhlullah bin A. Malek , Penolong Pengarah Kanan, yang merupakan pakar sistem GROW dari Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pendidikan Malaysia.  Peserta yang hadir terdiri daripada Pengetua , Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan Setiausaha Peperiksaan daripada 26 buah sekolah di WP Labuan. Taklimat dan hands-on, telah diberikan kepada sekolah rendah pada 5 April 2017, manakala bagi sekolah menengah pada 6 April 2017. SISC+ yang turut hadir ialah Puan Chin Tsuey Wei, Puan Siti Zahara binti Mohammad dan Encik Zulkifli Zakaria.

Objektif bengkel ini adalah untuk memastikan GROW 5.0. iaitu sistem GROW yang terkini dilaksanakan di sekolah dalam membuat sasaran potensi individu murid bagi tujuan mencapai peningkatan berterusan dalam prestasi akademik samada untuk Gred Purata Mata Pelajatan (GPMP) maupun Gred Purata Sekolah (GPS).

Bengkel ini diharapkan dapat  meningkatkan kemahiran memimpin pengurusan sekolah melalui aktiviti kemahiran mentafsir data menggunakan Sistem GROW 5.0 dan memberi peluang kepada para peserta untuk mendapat input cara yang betul memasukkan data serta menganalisis data potensi murid serta membuat keputusan berasaskan data (DDDM).

Majlis penutupan bengkel disempurnakan oleh Puan Khaziyati binti Osman, Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan WP Labuan. Turut hadir bersama ialah Encik Sabdin bin Japarudin, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan WP Labuan dimana beliau merupakan Pegawai Perhubungan bagi penceramah jemputan.

Berita Oleh : Sektor Jaminan Kualiti

Loading

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.