Syabas dan Tahniah, Penerima APC 2016

YB Datuk Rozman (tengah) , Encik Raisin dan Puan Caroline bersama penerima APC 2016

Labuan, 13 April – Setinggi-tinggi  syabas dan tahniah diucapkan kepada 124 orang pegawai, guru dan kakitangan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2016. Majlis meraikan penerima ini diadakan pada hari ini bertempat di Dewan SJK(C) Chi Wen yang dirasmikan oleh YB Datuk Rozman bin Hj Isli.

Datuk Rozman dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada penerima dan berharap agar semua pegawai, guru dan kakitangan terus mempertingkatkan lagi usaha, prestasi mutu kerja dalam perkhidmatan di Jabatan Pendidikan WP Labuan.

“Saya menaruh kepercayaan yang tinggi bahawa Jabatan Pendidikan akan terus bersama-sama berusaha memberikan perkhidmatan cemerlang dan berintegriti serta melaksanakan penambahbaikan secara berterusan dalam menjayakan agenda transformasi perkhidmatan awam dan transformasi pendidikan negara”, katanya lagi.

Sebelum itu, dalam ucapan aluan Pengarah Pendidikan Negeri, Encik Raisin Saidin berkata penganugerahan yang diberikan ini seharusnya dijadikan sebagai contoh dan pembakar semangat kepada warga pendidikan yang lain, sekali gus dapat menanam budaya kerja cemerlang di setiap peringkat untuk bersama-sama menggembeleng tenaga demi melihat kejayaan pewaris generasi akan datang.

Salah seorang penerima APC 2016, Cikgu Azeryn, SK Bebuloh

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang dianjurkan setiap tahun adalah merupakan satu medium penghargaan terhadap usaha dan kegigihan anggota perkhidmatan KPM yang telah menunjukkan mutu perkhidmatan dan pencapaian yang cemerlang sepanjang tahun baik dalam menjalankan tugas rasmi mahupun penglibatan aktif dalam kegiatan sukan, sosial dan kemasyarakatan.

Selain daripada itu, insentif ini juga bertujuan untuk menggalakkan pegawai dan kakitangan di Jabatan Pendidikan untuk terus berusaha dan lebih gigih dalam apa jua bentuk tugas, tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

Sementara itu, Encik Yusup Mohamad, Pengetua SMK Lajau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah disampaikan di Putrajaya.

Majlis dikelolakan oleh Sektor Khidmat Pengurusan Pembangunan yang diketuai oleh Ketua Sektor Puan Caroline Boni dan Ketua Unit Naik Pangkat dan Tatatertib Puan Rainah Rauf.

Pengetua Encik Ismail bersama penerima APC dari SMK Labuan
Guru Besar Encik Jaafar bersama penerima APC dari SK Pekan Satu
image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.