Tingkatkan Kesedaran Terhadap Penjagaan Kesihatan

14 Apr – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil inisiatif bagi memastikan kesihatan kakitangan JPWPL sentiasa berada di tahap yang baik melalui Program Sehari Bersama Doktor Anda.

Menurut Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling,  Encik Sabdin Japaruddin Program Sehari Bersama Doktor Anda adalah merupakan aktiviti saringan kesihatan yang dilaksanakan bertujuan merealisasikan hasrat kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2013 (PP3/2003) menggalakkan kakitangan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Pemeriksaan kesihatan ini bagi memastikan kesihatan kakitangan sentiasa berada di tahap yang baik dan adalah menjadi satu hasrat penting ketua jabatan mengutamakan kesedaran bagi mewujudkan budaya sihat, badan cergas dan minda cerdas.

Program ini telah berlangsung selama sehari, dimulai dengan ceramah kepada warga pendidikan Labuan yang telah disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Jabatan Kesihatan Labuan, Dr. Rosnelizaide Ramely dan Dr Navnita.

Ceramah yang disampaikan adalah berkaitan pengurusan stress dan kesihatan mental serta penyakit berjangkit.

Urusetia program adalah Sektor Psikologi Kaunseling dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam ( AKRAB ) Labuan.

Ahli AKRAB bersama Encik Raisin Saidin dan Doktor Kesihatan Labuan
image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.