SK Kerupang Prihatin Bantu Keluarga Murid Mangsa Kebakaran

Puan Hjh Aini, PK HEM Puan Subety dan Guru Kelas 4 Aspirasi Ustazah Norhafizah menyerahkan sumbangan ikhlas warga SK Kerupang kepada Keluarga Maulana Ibrahim, Murid 4 Aspirasi

Labuan, 23 Mac – Rombongan guru dan staf  SK Kerupang yang diketuai oleh Yang Berusaha Guru Besar , Puan Hajah Aini binti Haji Salleh telah mengadakan lawatan amal kepada mangsa rumah terbakar iaitu adik Maulana Ibrahim yang menuntut di tahun 4 Aspirasi, SK Kerupang.

“Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa, guru dan murid di atas kutipan sumbangan ikhlas Kepada Adik Maulana Ibrahim. Semoga DiKurniakan Rezeki yang Luas Dan DiRahmati Allah SWT….Tahniah Semua Warga SKK Warga Perihatin. “ Puan Hjh Aini Binti HJ Salleh

Kebakaran berlaku pada 20 Mac 2021 yang lalu, memusnahkan keseluruhan rumah kediaman adik Maulana sekeluarga.

Dalam sesi lawatan ini, Puan Guru Besar telah menyerahkan sumbangan ikhlas daripada pihak sekolah kepada keluarga adik Maulana bagi membantu sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mereka akibat musibah ini.

Serahan Sumbangan sekolah yang kedua menyusul dan disampaikan oleh Puan Hajah Aini pada keesokan harinya bersamaan 24 Mac 2021, kepada keluarga adik Maulana.

Berita Oleh : SK Kerupang

Loading

image_pdfimage_print