Perjumpaan Khas Pengarah Pendidikan Bersama Penghuni Rumah Guru/Kuartes JPWPL

Labuan, 15 April – Perjumpaan Khas Pengarah Pendidikan Bersama Penghuni Rumah Guru/Kuarters Jpwpl yang telah berlangsung di Dewan CUN, SK Pekan Satu.

Pegawai yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut adalah Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan-Puan Caroline Boni, Ketua Unit Pembangunan-Encik Sahbudin Ag.Muhammad, Ketua Unit Kewangan-Encik Zeno Magan serta Urus Setia Rumah Guru/Kuarters yang terlibat. Selain itu, beberapa Pengetua dan Guru Besar yang terlibat juga turut hadir sempena perjumpaan tersebut.

Matlamat utama perjumpaan khas ini adalah untuk medium Pengarah bertemu dengan warga penghuni rumah guru/kuarters JPWPL dan sesi suai kenal dan pemakluman berkenaan permasalahan yang berlaku di kawasan persekitaran rumah guru/kuarters JPWPL untuk diambil tindakan oleh pihak JPWPL dan Urus Setia Rumah Guru/Kuarters JPWPL.

Harapan Pengarah adalah untuk memastikan rumah guru/kuarters JPWPL sentiasa dalam keadaan yang selamat dan kondusif untuk semua penghuni rumah guru/kuarters JPWPL.

Pengarah juga telah melantik Penghulu bagi setiap Rumah Guru/Kuarters JPWPL bagi sesi 2017-2019 (3 tahun) untuk menjalankan dan memainkan peranan sepertimana tanggungjawab untuk memastikan Rumah Guru/Kuarters JPWPL berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

Pengarah berharap agar semua penghuni dapat memberikan kerjasama yang baik kepada Penghulu Rumah Guru/Kuarters JPWPL yang telah dilantik.

Pengarah meminta kepada semua warga penghuni untuk mematuhi Peraturan-Peraturan menduduki Rumah Guru/Kuarters yang telah ditetapkan dalam Perintah AM Bab E dan juga peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Harapan Pengarah selepas Perjumpaan Khas ini adalah menjadikan Rumah Guru/Kuarters JPWPL lebih baik dari segi pengurusannya.

Senarai Penghulu Rumah Guru/Kuarters JPWPL yang dilantik bagi sesi 2017-2019:

  1. Puan Linah Sarabani –SK Rancha-Rancha
  2. Encik Aliakbar bin Asri- SK Bukit Kalam
  3. Encik Pgn. Abdul Kadir bin Pgn. Budin-SK Bebuloh
  4. Encik Ismail bin Abdullah-SK Sungai Lada
  5. Encik Mohd. Sanusi bin Ya-SK Layang-Layangan
  6. Encik Mohd Sharif bin Mohd Din- SK Pekan Satu
  7. Puan Alice Kinsai-SK Lubok Temiang
  8. Encik Busman bin Borahima-SMK Mutiara
image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.