Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha Cipta Sejarah – Bangunkan Studio Televisyen Demi Kemenjadian Pelajar

Majlis perasmiann Studio TV PSS DSDN SMK Rancha-Rancha disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Tuan Yusuf bin Haji Muhammad

LABUAN – Sebagai Pusat Sumber 5 Bintang , Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha telah membuka sejarah baharu dalam  kalangan sekolah-sekolah di W.P Labuan dengan mewujudkan studio televisyen sendiri. Usaha ini merupakan satu inovasi sekolah dalam mempelbagaikan kaedah penyampaian informasi seiring dengan perkembangan teknologi dan tuntutan penyelesaian covid-19. Pengarah Jabatan Pendidikan W.P Labuan Tuan Yusuf bin Haji Muhammad   telah menyempurnakan perasmian Studio Rancha’s TV. Turut menyaksikan majlis perasmian Studio TV tersebut ialah  Ketua Penolong Pengarah  SSTP W.P Labuan Tuan Awang Marten bin Datuk Hj Abd Rahman , Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Puan Maimon binti Matnoh, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Haji Abdul Rahman bin Ahmad,  Yang Dipertua Majlis Guru Besar  W.P Labuan Pn. Dayang Sarifah binti A.Mahmud, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKRR En Awang Adi bin Tuah Penolong Pengarah SSTP Pn.Norsiah binti Sulaiman, Penolong Pengarah SSTP Pn Malai Hasnah binti Malai Ahmad dan Pengetua SMK Rancha-Rancha Ustaz Wan Azman bin Wan Awang serta barisan pentadbiran SMK Rancha-Rancha.

Ketika merasmikan Studio TV SMK Rancha-Rancha, Tuan Yususf bin Haji Muhammad berkata “ usaha yang dilakukan oleh sekolah khususnya pusat sumber sekolah ini merupakan langkah paling kedepan dalam menyampaikan informasi kepada warga sekolah dan komuniti setempat. Turut beliau juga, dengan adanya studio tv tersebut   telah menjadi sejarah kepada pendidikan di W.P Labuan yang mana sekolah pertama yang mempunyai studio tv sendiri. Beliau berharap guru dan pelajar SMK Rancha-Rancha dapat memanfaatkan studio tv yang telah mula beroperasi secara rasmi pada hari itu.

Ketua Penolong Pengarah SSTP Jabatan Pendidikan Labuan Tuan Awang Marten bin Datuk Haji Abdul Rahman berkata “ Sungguhpun sesi persekolahan telah beberapa kali ditangguhkan, KPM, pengurusan sekolah dan guru mengambil langkah proaktif meneruskan PdP secara dalam talian. Belajar dari rumah menjadi kelaziman baharu agar pelajar tidak ketinggalan. Biasanya pelajar bersemuka dengan guru di kelas, kali ini mereka berhadapan perkakasan teknologi maklumat dan komputer (ICT) melalui pelbagai jenis aplikasi. Untuk mempelbagaikan kaedah penyampaian pembelajaran , Rancha’s Studio TV PSS DSDN SMK Rancha-Rancha diharap dapat  menerbitkan beberapa rancangan TV Pendidikan dan sesi temubual istimewa bersama tetamu jemputan dalam kalangan pegawai pendidikan.

Bacaan Doa Majlis Perasmian tudio Rancha’s TV

Ustaz Wan Azman bin Wan Awang menjelaskan usaha mewujudkan Studio Rancha’s TV merupakan sebagai usaha inovasi dalam tawaran perkhidmatan PSS DSDN SMKRR khususnya dalam bidang komunikasi selain dapat memajukan kemahiran menilai dan berfikir dalam kalangan pelajar melalui akses maklumat yang diperolehi di samping mengembangkan keyakinan diri kepada para pelajar. Tambah beliau lagi inovasi ini akan menggalakkan tabiat belajar sendiri, membaca dan menyiasat melalui sumber dan memotivasikan pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik.

Ketika majlis perasmian Studio Rancha’s TV , Pengarah Jabatan Pendidikan W.P Labuan Tuan Yusuf bin Haji Muhammad telah mengunting reben sebagai tanda perasmian sebelum masuk ke Studio Rancha’s TV. Beliau juga telah sudi menandatangani plak perasmian studio Rancha’s TV. Di majlis yang sama, sesi temu bual istimewa telah dijalankan bersama penyampai TV dari Rancha’s Production iaitu Nurul Izzah Syukrina binti Jiffri pelajar tingkatan 2 SMK Rancha-Rancha.

Guru Perpustakaan dan Media SMK Rancha-Rancha, Cikgu Sapri bin Idris bersyukur kerana majlis perasmian dapat berjalan dengan lancar dengan penglibatan secara aktif oleh guru dan pelajar SMK Rancha-Rancha. Dengan perasmian Studio Rancha’S TV ini, beliau berharap ianya akan menjadi titik permulaan SMK Rancha-Rancha dalam melahirkan penyampai televisyen yang berbakat di samping menonjolkan bakat pelajar SMK Rancha-Rancha dalam kemahiran komunikasi. Pada zaman teknologi ini, kemahiran media sangat dituntut untuk dikuasai oleh pelajar justeru , beliau sangat berharap agar pelajar SMK Rancha-Rancha merebut peluang yang yang diberikan oleh Pusat Sumber Sekolah . Kemenjadian pelajar dalam pelbagai medium merupakan antara yang diberikan perhatian oleh Cikgu Sapri bin Idris melalui perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.

Studio Rancha’s TV Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha dan sesi temubual istimewa bersama Pengarah Pendidikan
Sebahagian penonton yang menyaksikan sesi temubual istimewa bersama di
Studio Rancha’s TV

Sumber Berita : SMK Rancha Rancha

Loading

image_pdfimage_print