Delegasi Jabatan Pendidikan WP Labuan Ke International Conference On Global Education V

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
International Conference On Global Education V
10-11 April 2017
Auditorium Universitas Ekasakti ,Padang-Indonesia
Delegasi Jabatan Pendidikan WP Labuan yang diketuai oleh Pengarah Pendidikan WP Labuang, Encik Raisin bin Saidin, ke International Conference on Global Education V di Universiti Ekasakti Padang, Indonesia pada 10 – 11 April 2017. Sebanyak 10 kertas kajian ilmiah telah dibentangkan di dalam konferens tersebut,  dengan diketuai oleh Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Puan Khaziyati binti Osman dengan tajuk kertas “Penerimaan Jaringan Sosial Dalam Pengurusan Pendidikan”. Diikuti oleh pegawai SISC+ Cik Suriani Alland Rice Oxley dengan tajuk kertas kajian: “Using Spelly Bangle in Teaching Early Reading Skill of One-Three Syllable Words to Young Children” dan Guru Besar SK Pekan Satu iaitu Encik Jaafar bin Matusin dengan tajuk kertas kajian “Keberkesanan Gaya Headcount JBM Dalam Program Pengunjuran Prestasi Pencapaian Murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia”.



Turut hadir membentang kertas ilmiah penyelidikan dalam delegasi ini ialah guru-guru daripada 9 buah sekolah rendah dan menengah WP Labuan, iaitu Encik Nazrin bin Ismail, Guru Cemerlang KHB, SMK Labuan, dengan tajuk kertas kajian: “Pengaplikasian Alat Bantu Mengajar ‘I-Line Board’ untuk Tajuk Lukisan Teknik Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2”. Diikuti oleh Puan Arni Samiraty binti Abdol Samat, Guru Cemerlang Sains, SMK Labuan dengan tajuk kertas kajian: “SYMP”: Kajian Tindakan Untuk Memahami Konsep SAINS Mengenai Penderma Darah Dan Penerima Darah” serta  Encik Hasnan bin Md Saad, Guru Bahasa Malaysia, SK Pekan Satu dengan tajuk kertas kajian: “Kaedah Pembelajaran Membina Karangan Secara Efektif Dalam Kalangan Murid Tahun Empat Dengan Menggunakan ‘Gerabak Bahasa”

Seterusnya, pembentangan oleh  Puan Hasniza binti Basri, Guru Bahasa Inggeris, SK Bebuloh dengan tajuk kertas kajian: “To Enhance 21 Pupils Of SK Bebuloh Interest In Writing Through Effective Constructive Feedback From Teacher Using Google Docs”  dan Cik Fatin Raihana binti Abd Halim, Guru Bahasa Inggeris, SJKC Chi Wen dengan tajuk kertas kajian: “The Language Learning Strategies (LLS) Used By Successful English Language Learners (SELL) Of Primary Students in Labuan”

Manakala Encik Mohd Farik bin Madun, Guru Bahasa Malaysia, juga dari SJKC Chi Wen, telah membentangkan kertas kajian bertajuk : “Aplikasi Aktiviti Nyanyian Terhadap Penguasaan Ejaan Digraf dalam Kalangan Murid Bukan Penutur Jati Bahasa Melayu” dan akhir sekali, Puan Siti Farah Idayu binti Madi, Guru Matematik & Bahasa Inggeris, SK Pekan Dua dengan tajuk kertas kajian : “Membantu Menguasai Konsep Penambahan Pecahan Wajar Dengan Penyebut Berbeza Menggunakan Grid Pecahan”.

Seramai tiga orang speaker utama dari Vietnam, Brunei , Thailand, Malaysia dan Indonesia telah menyampaikan kertas utama yang bertemakan Global Education, Common Wealth dan Cultural Diversity. Mereka  turut dijemput ke LICER 2017 yang di jadualkan berlangsung pada  28-30 sept 2017 di WP Labuan. Surat jemputan telah diserahkan oleh tuan Pengarah kepada para pakar pendidikan tersebut selepas sesi forum Panel Speakers di konferens tersebut.


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.