SK Sungai Bedaun Memupuk Semangat Perpaduan Dalam Kalangan Warga Sekolah

7th November 2018 JPWPL Sana Sini 0

Labuan – 07 November 2018, SK Sungai Bedaun telah melangsungkan Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sempena perayaan Deepavali. Satu daripada pengisian dalam program perpaduan ini ialah demonstrasi menebar roti canai. Pihak sekolah telah menjemput Encik Mohd Taufik untuk menunjukkan cara membuat roti canai kepada warga SK Sungai Bedaun. […]

Loading

SMK Mutiara, Johan Pertandingan School Lab Peringkat Kebangsaan 2018

7th November 2018 JPWPL Sana Sini 0

Labuan – SMK Mutiara telah mengharumkan nama Labuan dengan memenangi Pertandingan School Lab Peringkat Kebangsaan 2018 bertempat di Mines International Exhibition and Convention Center, Seri Kembangan Selangor. Pertandingan ini bertujuan memberi peluang kepada murid-murid berkongsi topik dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dengan cara yang menarik dan inovatif […]

17 Orang Guru Dibimbing Oleh SISC+ Menyertai Seminar Kajian Tindakan Peringkat W.P.Labuan

6th November 2018 JPWPL Sana Sini 0

Labuan – SATU Seminar Kajian Tindakan Peringkat W.P.Labuan telah diadakan pada 27 Oktober 2018 di Kelab Sri Tanjung, Kem Brooke, Labuan. Seminar Kajian Tindakan ini merupakan satu program khusus untuk Guru DiBimbing (GDB) yang dibimbing oleh School Improvement Specialist Coaches (SISC+) bagi meningkatkan tahap profesionalisme mereka melalui perkongsian amalan pedagogi […]

Lawatan Penandaarasan KPM ke Program Pendidikan Khas Intergrasi, SMK Lajau

6th November 2018 JPWPL Sana Sini 0

LABUAN, 29 Oktober – Seramai 45 orang delegasi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Program Pendidikan Khas Intergrasi, Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau, Wilayah Persekutuan Labuan. Lawatan ini diketuai oleh Yang Berbahagia, Datuk Dr. Yasmin binti Hussain, selaku Timbalan Pengarah Cawangan Perancangan dan Penilaian Bahagian Pendidikan Khas, […]

SK Sungai Bedaun dan SK Bebuloh Jayakan Perkhemahan Perpaduan 2018

4th November 2018 JPWPL Sana Sini 0

Pada 19-21 Oktober 2018 (Jumaat hingga Ahad) telah berlangsung perkhemahan perpaduan di Pusat Kokurikulum Negeri, WP Labuan gabungan SK Sungai Bedaun (SKSB) dan SK Bebuloh (SKB)  melibatkan 200 orang murid dari Tahun 4, 5 dan 6  dari pelbagai Unit Beruniform, iaitu Pengakap, PBSM, PPIM, dan TKRS. Pendaftaran Perkhemahan Perpaduan bermula […]

SMK Pantai Jalin Kerjasama dengan Jabatan Taman Laut

26th October 2018 JPWPL Sana Sini 0

Labuan – SMK Pantai telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Taman Laut dalam Program Pendidikan dan Kesedaran Awam yang telah diadakan di Dewan iB SMK Pantai pada 24 Oktober 2018 melibatkan 174 orang pelajar Tingkatan 3. Program Pendidikan dan Kesedaran Awam adalah menjurus kepada penyampaian maklumat mengenai Jabatan Taman Laut Malaysia Wilayah […]

SJK (C) Chi Wen Naib Johan Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu antara Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan Tahun 2018

9th October 2018 JPWPL Sana Sini 0

Labuan, 9 Oktober – Adik Nicole Grace Wong dari SJK(C) Chi Wen telah dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu antara Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan Kali Ke-36 Tahun 2018 bertempat di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan yang berlangsung dari 2 hingga […]

image_pdfimage_print