PENILAIAN SKPKP TAHUN 2025

Labuan, 8 Ogos 2025 – Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, telah menerima kunjungan dua orang pegawai dari Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menjalankan Penilaian Standard Kualiti Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi (SKPKP) Tahun 2025.

Penilaian ini bertujuan memastikan perkhidmatan kaunseling dan psikologi yang disediakan mencapai piawaian kualiti yang ditetapkan oleh KPM, selaras dengan usaha meningkatkan keberkesanan sokongan psikososial kepada warga pendidikan di Labuan.

Keputusan penilaian telah diserahkan secara rasmi kepada Timbalan Pengarah Pendidikan, En. Yahya bin Ahmad Puteh, yang menjalankan tugas sebagai Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Labuan.

Pihak Sektor Psikologi dan Kaunseling mengucapkan penghargaan kepada Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM atas kerjasama serta panduan yang diberikan, dan bertekad untuk terus menambah baik mutu perkhidmatan bagi memenuhi keperluan warga Jabatan Pendidikan WP Labuan.

Loading

image_pdfimage_print