
Labuan, 7 Ogos 2025 — Jabatan Pendidikan W.P. Labuan hari ini menerima lawatan kunjung hormat daripada delegasi Jemaah Nazir Negeri Sabah, yang diketuai oleh Ketua Nazir Negeri, Encik Ibnu bin Haji Jaani. Lawatan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Botanikal ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan silaturrahim serta kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Delegasi yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Nazir Negeri dan dua orang Nazir Sekolah, memfokuskan perbincangan pada beberapa isu penting dalam dunia pendidikan. Antara topik utama yang disentuh ialah perkongsian maklumat mengenai instrumen SKPM Kualiti@Sekolah (SK@S), sebuah alat penting dalam penilaian kualiti pengurusan sekolah.


