LAWATAN PROGRAM KEMBARA ILMU SK SG BEDAUN KE LABUANfm

Labuan, 13 Ogos 2025 – Seramai 24 murid dari Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun telah mengadakan lawatan ke LABUANfm menerusi Program Kembara Ilmu yang diadakan hari ini.
Ia melibatkan murid Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan SPBT sekolah berkenaan yang turut diiringi tiga guru pembimbing.
 
Rombongan disambut baik oleh Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Howard Martin Kim Sung.
 
Sepanjang lawatan murid-murid diberi pendedahan tentang dunia penyiaran dan komunikasi massa secara lebih dekat.
 
Program selama setengah hari itu merangkumi sesi taklimat, lawatan ke studio radio dan televisyen, serta sesi interaktif bersama kakitangan RTM selain turut berpeluang menyaksikan secara langsung proses penyiaran berita serta pengendalian peralatan studio.
 
Menerusinya bukan sahaja dapat meningkatkan minat pelajar terhadap media, malah dapat memperkukuh pemahaman mereka terhadap aspek teknikal dan etika dalam dunia penyiaran.
Pihak RTM turut mengalu-alukan kunjungan pendidikan seperti ini sebagai usaha mendidik generasi muda tentang kepentingan penyiaran yang beretika dan berinformasi.
 
Sumber Berita : FB BES Labuan

Loading

image_pdfimage_print