MAJLIS BAI’AH & AKU JANJI CALON SPM 2026 SMA MAIWP

Labuan, 15 April 2026 – telah berlangsungnya Majlis Bai’ah dan Aku Janji Calon SPM bagi pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) Labuan.

Majlis yang penuh bermakna ini diadakan sebagai simbolik kesediaan dan komitmen jitu para pelajar dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal menjelang. Di hadapan para guru dan barisan pentadbir, setiap calon telah melafazkan ikrar untuk memberikan yang terbaik, menjaga disiplin, serta menghormati ilmu demi mengejar kecemerlangan dunia dan akhirat.

Majlis ini bukan sekadar lafazan di bibir, tetapi merupakan janji setia seorang penuntut ilmu kepada dirinya sendiri, ibu bapa, dan guru-guru. Suasana cukup syahdu apabila semangat terpancar di wajah setiap anak didik SMA MAIWP, menandakan mereka kini berada di landasan yang tepat untuk berjuang habis-habisan.
 
Kami mendoakan agar seluruh calon SPM tahun ini diberikan ketenangan hati, ketajaman minda, dan kekuatan fizikal untuk terus menuntut ilmu. Semoga segala usaha yang dicurahkan diberkati Allah SWT dan membuahkan hasil yang membanggakan buat sekolah dan keluarga.
Terus melangkah, terus berjuang! Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.

Loading

image_pdfimage_print