Kota Kinabalu, 14 hingga 16 April 2026 – Kursus ini diadakan di Pan Borneo Hotel bertujuan memperkukuh kompetensi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Ketua Warden dan Guru Kaunseling di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
dalam pengurusan asrama yang sistematik, holistik dan berimpak tinggi.
Sebanyak 9 slot ceramah telah disampaikan oleh Pensyarah daripada Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek. Penekanan diberikan kepada aspek perundangan seperti Akta Pendidikan, disiplin sekolah, SOP keselamatan serta kebajikan murid bagi memastikan tadbir urus yang berintegriti dan patuh peraturan.
Melalui pendekatan berasaskan kes, perkongsian amalan terbaik dan PLC, peserta diperkasa dalam pengendalian disiplin, pengurusan krisis serta pembinaan persekitaran asrama yang selamat dan kondusif.
Kursus ini juga mengukuhkan sinergi antara pentadbir, warden dan kaunselor ke arah melahirkan pengurusan asrama yang responsif, berdaya tahan dan berfokuskan kesejahteraan murid.












![]()

