SMK Pantai IBWS Johan Memasak Kebangsaan

Labuan, 3 Oktober  – SMK Pantai IBWS menjadi Johan Memasak Peringkat Kebangsaan Anjuran Bersama Nestle Bhd dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang berlangsung di Kota Bahru, Kelantan pada 2 Oktober 2017 dan meraih hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.00, Sijil dan Tropi selain hadiah iringan.

SMK Pantai seterusnya akan mewakili Malaysia dalam Pertandingan Kulinari di Indonesia pada 26-28 November 2017.

Ini adalah kejuaraan kali kedua diraih oleh SMK Pantai, setelah menjuarainya untuk kali pertama pada Tahun 2012 di Kuching, Sarawak.

SMK Pantai diwakili oleh adik Evania Liew Hui Chen, Siti Zurida Mohd Affendi Male dan Fazira Rundang dengan diiringi oleh dua orang guru iaitu Cikgu Amisah Martin dan juga Cikgu Nor Rozilawati Moktar serta seorang  Pegawai Jabatan Pendidikan Labuan Encik Asmawi Hj Ahmad.

Dalam pertandingan tersebut, kumpulan ini telah menyediakan sajian lazat Warisan Tiga Rasa Serangkai iaitu ubi kepal, pais ikan dan kerabu jantung pucuk ubi. Apa yang paling menarik, bagaimana mereka menggunakan setiap bahagian pokok ubi kayu secara kreatif, bermula bahagian ubi sehingga ke pucuk dalam hidangan itu.

Pengetua SMK Pantai ib World School, Sahar Misron melahirkan rasa gembira atas kejayaan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga sekolah, dan warga Labuan yang mendoakan kejayaan sekolah ini dan mengundi melalui media sosial facebook.

Kejayaan ini berkat sokongan semua pihak berbekalkan ungkapan keramat ” SMK Pantai IBWS Menjulang Nama dan Sorakan 123″ juga slogan “Kemenjadian dan kecemerlangan murid Labuan bermula di sini” dan “Labuan Hebat: Guru Sayang Muridnya”

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk meraih Johan Antarabangsa di Indonesia kelak.

 

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.