Labuan, 4 Februari – Merentas Desa telah menjadi program tahunan SMK Lajau di sini selaras dengan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk melahirkan modal insan secara holistik, tidak hanya tertumpu kepada kejayaan akademik tetapi juga mengeratkan silaturrahim dalam kalangan pelajar, guru-guru dan ibu bapa.
Pengetua SMK Lajau, Encik Mohd Jamatin bin Abd Latip berkata, murid yang cemerlang bukan sahaja dilihat pada kejayaan dalam bidang akademik semata-mata tetapi juga perlu diimbangi dengan kejayaan dalam aspek sukan dan kokurikulum.
Beliau juga menyatakan bahawa program ini menekankan aspek keselamatan murid memandangkan murid berlari merentasi beberapa kampung untuk melengkapkan larian mereka termasuklah Kg. Batu Arang, Kg. Tanjung Aru dan Kg. Lajau.
Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dan Sukan SMK Lajau yang diketuai oleh Encik Dahlan bin Kassim, Penolong Kanan Kokurikulum dan acara ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 1 hingga 5 termasuklah pelajar Program Pendidikan Khas dan Integrasi (PPKI) mewakili 5 buah rumah sukan terdiri daripada Ruamah Satria, Rumah Wira, Ruamah Waja, Rumah Perdana, dan Rumah Inspira.
Pertandingan yang melibatkan acara individu dan berpasukan itu meletakkan empat kategori yang terdiri daripada kateghori bawah 15 tahun lelaki dan perempuan, kategori bawah 18 tahun lelaki dan perempuan di mana larian kesemua kategori ini perlu melalui laluan sejauh 7KM bagi melengkapkan larian mereka.
Rumah Wira muncul sebagai juara keseluruhan Merentas Desa SMK Lajau tahun ini manakala naib johan dimenangi oleh rumah Satria, tempat ketiga Rumah Perdana, Rumah Waja dan Inspira masing-masing tempat keempat dan kelima.
Semua pemenang tempat pertama hingga ke enam setiap kategori akan mewakili SMK Lajau ke pertandingan Merentas Desa peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.
Sumber Berita : SMK Lajau