Rumah Sukan Garuda Ungguli Merentas Desa SMK Labuan

Encik Ismail dan Mr Cheah bersama murid-murid SMK Labuan yang menyertai kejohanan

Labuan – Rumah Sukan Garuda,  mengungguli Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMK Labuan yang telah diadakan pada 26hb Januari 2018.

Seramai 1200 murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, dibahagikan kepada 4 kategori iaitu L15, P15, L18 & P18 telah menyertai kejohanan ini dengan jarak larian sejauh 6 km dan 8 km mengikut kategori.

Matlamat utama kejohanan ialah untuk melaksanakan salah satu acara dalam Dasar 1 Murid 1 Sukan, di mana semua murid menyertai acara ini.

Seterusnya dapat memilih wakil sekolah ke kejohanan Merentas Desa peringkat MSSWPL yang akan diadakan pada bulan Februari 2018.

Menariknya, kejohanan ini dibantu oleh pelajar Tingkatan 6 Atas sebagai ahli jawatankuasa pengelola.

Johan Kategori Individu Lelaki 18 Tahun diraih oleh Md Alias Muhammad Junaidi dari (Rumah Sukan Garuda), Johan Lelaki 15 tahun, Mahathir Hamzi (Rumah Sukan Kenyalang).

Manakala Johan Perempuan 18 tahun, Norazrina Junih (Rumah Sukan Garuda) dan  Johan Perempuan 15 tahun , Dayang Norsyafiqah Ag Azami.

Hadiah-hadiah berupa medal dan sijil disampaikan oleh Pengetua SMK Labuan.

Johan Kategori Individu : Dari kiri : Dayang Norsyafiqah, Norazrina Junih, Md Alias dan Mahathir Hamzi, bersama Ismail Abdullah dan Cheah Teong Aik.

Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail Abdullah berharap agar aktiviti Merentas Desa ini akan mendorong murid-murid untuk terus terlibat dalam aktiviti kecergasan dan menyumbang kepada kesihatan diri sendiri.

Encik Ismail dan guru-guru juga terlibat menyertai larian sejauh 6 km sebagai  sokongan dan dorongan kepada semua murid yang menyertai kejohanan ini.

Penghargaan setinggi-tingginya kepada semua guru SMK Labuan,  Polis Trafik, Agensi Pertahanan Awam, Hospital Labuan dan semua pelajar Tingkatan 6 SMK Labuan.

Encik Ismail bersama guru-guru yang menyertai larian (dari kiri : Ramlae Abd Rashid, Azizan Razali , Ismail Abdullah, Jaya Masir)
image_pdfimage_print