Kem Eksplorasi KBAT 2018

Kota Kinabalu, Sabah – Kem Eksplorasi KBAT 2018 Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah berlangsung pada 3 hingga 5 April 2018 di Kota Kinabalu, Sabah. Kem selama 3 hari ini di sertai seramai 66 orang pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Mutiara dan Kolej Vokasional Wilayah Persekutuan Labuan dan merupakan calon-calon ujian Programme for International Student Assessment (PISA) yang di anjurkan oleh The Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD).

Kem yang berjalan di seluruh negara ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar kaedah dan teknik mejawab soalan-soalan ujian PISA  yang akan berlangsung pada 17 hingga 18 April 2018 serentak di seluruh negara.

Jurulatih PISA, En Kamil Bin Rejab dari SMK Mutiara memberi taklimat dalam domain Sains kepada pelajar.

PISA merupakan penilaian khusus bagi pelajar-pelajar yang berumur 15 tahun.  Penilaian selama 3 jam ini akan menilai 3 domain utama  iaitu  matematik, sains dan Literasi. PISA akan membantu dalam pembangunan dasar pendidikan yang bersesuaian untuk mewujudkan suasana pembelajaran dan sistem pendidikan yang cemerlang.

Majlis perasmian penutupan diadakan pada malam 4 April 2018 dan  di sempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan  Encik Raisin Bin saidin.  Turut hadir dalam majlis itu ialah En Kasdi bin Kamin, Penolong Pengarah Unit Matematik  Menengah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Puan Norismah Binti Abd Moin, Pengetua SMK Mutiara, En Loren Abon dan Timbalan Pengarah Kolej Vokasional Labuan, En Barawi Bin Sapar.

En Kasdi (dua dari Kanan) menyaksikan penyampaian hadiah oleh Pengarah Pendidikan

Dalam ucapannya, beliau meminta agar semua pelajar yang telibat dalam ujian PISA 2018 agar bersungguh-sungguh ketika penilaian sebenar dijalankan. Ini kerana mereka bukan sahaja mewakili sekolah, tetapi merupakan duta negara yang mewakili Malaysia  dalam meningkatkan martabat pendidikan negara di persada dunia.

Beliau juga berterima kasih kepada semua jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan kem ini. Di akhir majlis, beliau menyampaikan hadiah kepada pelajar yang cemerlang dan menyanyikan bersama-sama pelajar lagu “Gemuruh” nyanyian Faizal Tahir, “Standing in the eyes of the world” nyanyian Ella dan lagu “fikirkan boleh” nyanyian kumpulan Metropolitan.

Semua peserta Kem menyanyikan lagu bersama-sama para VIP

 

Sumber Berita : 
Encik Inanis Fatinisupi bin Abdullah
Sektor Pengurusan Akademik
image_pdfimage_print