Program Permuafakatan Ibu Bapa dan Penetapan Target Calon-Calon SPM 2018 SMK Lajau

Dari Kanan (Duduk) Encik Jasmi, Puan Nor Ain, Dr. Hjh Ananglangka, Encik Mohd Jamatin, Encik Tapa dan Encik Mohd Johan, bersama Calon-calon SPM 2018 SMK Lajau

LABUAN : Program Permuafakatan Ibu Bapa dan Penetapan Target Calon SPM 2018 telah diadakan di Dewan Mini Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau pada 14 April 2018.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada ibu bapa mengetahui pencapaian dan perkembangaan anak-anak mereka di sekolah serta memberi peluang kepada ibu bapa dan guru membincangkan masalah yang dihadapi oleh calon-calon SPM tahun ini selain mengetahui program-program yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Dalam program ini juga , pengetua sekolah iaitu En Mohd Jamatin bin Abd. Latip telah membentangkan KPI sekolah untuk calon-calon SPM tahun ini kepada ibu bapa dan murid yang hadir.

Semoga Berjaya SPM 2018 SMK Lajau,  1Team,1Dream, Semela No.1

Pihak sekolah telah menyasarkan seramai 10 orang calon akan mendapat keputusan cemerlang dengan memperolehi semua A bagi semua subjek. Selain itu, pihak sekolah juga menyasarkan 100% murid akan lulus dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2018 dengan gred purata sekolah 4.30.

Selain itu, dalam program ini juga telah berlangsungnya Majlis Bacaan Ikrar oleh semua calon SPM 2018 dan majlis menandatangani Surat Aku Janji yang ditandatangani oleh wakil murid calon SPM 2018 iaitu adik Mohd Nazrin Shah bin Johari dengan disaksikan oleh Tuan Pengetua SMK Lajau dan ibu kepada adik Mohd Nazrin Shah iaitu Puan Sofiyah binti Yussoff.

Dalam program permuafakatan ibu bapa ini juga telah diadakan majlis penyerahan slip ujian bulan Mac dan headcount murid SPM yang disampaikan oleh guru-guru kelas. Sesi ini dijalankan agar guru-guru dapat berbincang bersama ibu bapa calon SPM mengenai prestasi anak-anak mereka dan cara menangani masalah calon-calon SPM ini.

Bersempena dengan program permuafakatan ibu bapa ini, pihak sekolah telah menjemput penceramah motivasi daripada Kota Kinabalu iaitu Dr Hajah Ananglangka binti Md Kassim untuk memberikan ceramah motivasi serta strategi menghadapi peperiksaan. Dalam sesi ceramah ini juga, Dr Hajah Ananglangka sempat mengadakan bengkel strategi menghadapi peperiksaan  bersama – sama calon SPM 2018.

Penceramah Motivasi Dr Hjh Ananglangka

Program permuafakatan ibu bapa dan penetapan target calon-calon SPM 2018 telah diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan serta sesi bergambar bersama-sama semua guru, ibu bapa , penjaga dan calon-calon SPM 2018.  Adalah diharapkan semua calon dan ibu bapa mengambil serius tentang persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan menjelang.

“1Team,1Dream, Semela No.1

Sumber Berita :  En Mohd Jamatin bin Abd. Latip, Pengetua SMK Lajau

image_pdfimage_print