Lawatan Perkongsian Pintar Dan Majlis Menandatangani Sijil Bersama 9 Buah Sekolah Rendah Dan Menengah Daerah Gombak Dan Selangor

Labuan, 25 April – Pusat Sumber Al-Faaeq telah dikunjungi seramai 25 orang peserta rombongan dari Kuala Lumpur dalam Program Lawatan Perkongsian Pintar Pusat Sumber Cemerlang dan Majlis Menandatangani Sijil Jaringan.

Majlis yang berlangsung selama dua jam itu terdiri daripada pengetua-pengetua, guru-guru besar dan guru perpustakaan dan media yang mewakili sekolah masing-masing dalam misi lawatan penandaarasan pusat sumber cemerlang.

Dalam majlis itu, peserta rombongan bertukar-tukar pendapat dan berkongsi amalan terbaik yang selama ini menjadi sumber utama di SK Lubok Temiang.

Taklimat telah disampaikan oleh Roslan bin Mohammad, penolong kanan pentadbiran sekolah ini.

Melalui ucapan balas oleh guru besar SK 1 Kuala Ampang, Rosnah Mat Yunos memuji amalan terbaik sukan di SK Lubok Temiang yang disediakan secara bersistematik dan teratur di samping eviden graf dan carta petunjuk yang memudahkan pencapaian sukan dianalisis secara terperinci. Beliau turut mengharapkan jalinan hubungan yang telah terjalin ini akan berterusan dalam apa juga bidang demi kecemerlangan pusat sumber, sekolah dan kemenjadian murid. Rombongan turut dibawa melawat ke Pusat Sumber Al-Faaeq untuk melihat sendiri perkembngan tranformasi ke arah pusat sumber cemerlang.

Terdahulu, rombongan ini telah melawat ke Pusat Sumber Cemerlang SMK Rancha-Rancha pada paginya.

Berita Oleh
Hasnan Bin Md Saad
Guru Perpustakaan Dan Media
Sk Lubok Temiang
image_pdfimage_print