Program Merimbun Ilmu SMK Rancha-Rancha

Labuan, 30 April 2018– Bertempat di Membakut Eco Lake Resort, SMK Rancha-Rancha (SMKRR) telah mengadakan program Merimbun Ilmu khusus bagi pelajar tingkatan 5.

Program ini merupakan salah satu program yang dirancang oleh SMKRR melalui bidang kurikulum sebagai usaha memberi persediaan awal kepada para pelajar menghadapi SPM tahun ini.

Turut serta dalam program selama 3 hari 2 malam ini ialah penolong kanan satu SMKRR Tn. Haji Abdul Rahman Bin Ahmad bersama rombongan peserta seramai 22 pelajar diiringi 5 orang guru.

image_pdfimage_print