30 April 2018/Labuan – Bulan April merupakan bulan yang penuh dengan aktiviti bagi sekolah SK Tanjung Aru di mana pelbagai program dianjurkan yang berunsurkan kesihatan. Diantaranya ialah program PPDA (Pendidikan Pencegahan Dadah), I am free dan Minggu ‘SKTA Sihat’.
Sepanjang bulan April ini, terdapat pelbagai pertandingan yang diadakan bagi memastikan murid mendalami setiap objektif program yang ingin dicapai. Diantaranya ialah Kuiz PPDA, Kuiz Kesihatan Tahap 1 dan 2, Pertandingan mewarna PPDA dan Gaya Hidup Sihat Amalan Kita, Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah yang bertemakan ‘Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita’ dan ‘Hidup Aktif, Badan Cergas’ bagi minggu kesihatan, Pertandingan Deklamasi Sajak berkaitan anti dadah, membina poster gergasi pra sekolah, mencari perkataan tersembunyi, Membina Replika Piramid Makanan, Replika Piring Sihat 1Malaysia,Replikasi Susu Dutch Lady Pra Sekolah, dan pertandingan Pamphlet Kreatif ‘Badan Sihat Minda Cerdas’.
Kesemua pertandingan ini adalah untuk memastikan murid-murid sekolah faham dan mengetahui bahawa kesihatan adalah aspek utama dalam kehidupan masing-masing. Aktiviti memberus gigi, ceramah anti dadah, ceramah kesihatan oleh unit kesihatan sekolah, saringan kesihatan untuk murid, para guru dan ibu bapa dan senam santai turut diadakan bagi menyahut usaha sekolah dalam meningkatkan kesedaran di kalangan warga sekolah tentang pentingnya kesihatan.
Selain itu, program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai pentingnya menjaga kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah kepada golongan yang disasarkan iaitu murid dan warga sekolah yang menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang seimbang, senaman yang konsisten, mengelakkan stress serta menjauhi penyalahgunaan dadah serta rokok. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.
Guru Besar SKTA, Puan Murni Binti Jaafar berkata, ‘MINDA YANG CERDAS BERMULA DARIPADA BADAN YANG SIHAT’ semasa merasmikan pembukaan minggu kesihatan yang dijalankan sepanjang bulan April ini. Beliau berharap setiap warga sekolah khasnya dan juga masyarakat sekeliling mendapat manfaat daripada akitiviti yang dianjurkan oleh Unit PPDA, Unit HEM, Unit Kesihatan Sekolah, Panitia Pendidikan Kesihatan dan Panitia Pendidikan Jasmani sekolah ini