250 Orang Guru Diraikan Dalam Majlis Makan Malam Hari Guru 2018

Encik Raisin Saidin memotong kek Hari Guru 2018 WP Labuan bersama Encik Ismail dan Encik Omar Baki

Labuan – Seramai 250 orang guru telah diraikan dalam Majlis Makan Malam Hari Guru 2018 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang telah diadakan pada 30hb April 2018 di salah sebuah hotel di Labuan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidin menzahirkan rasa syukur di atas penganjuran Sambutan Hari Guru 2018 Peringkat WP Labuan yang telah berlangsung dengan jayanya.

Bertemakan Malam Untaian Kasih, Tuaian Budi , majlis dimulai dengan acara pemotongan kek iaitu simbolik kepada Majlis Sambutan dan Makan Malam Hari Guru 2018 Labuan.

Di majlis tersebut, pelbagai anugerah juga turut disampaikan iaitu Guru Inovatif Pra Sekolah, Guru Inovatif Sekolah Menengah dan Rendah, Guru Inovatif Berkumpulan, Ikon Guru dan Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Sambutan Hari Guru 2018 WP Labuan pada tahun ini dimeriahkan lagi dengan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil, Majlis Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu, Pertandingan Boling Padang, Kempen Derma Darah, Bual Bicara Hari Guru dan Menziarahi rakan-rakan guru.

Program yang dirancang ini adalah untuk meraikan dan menzahirkan terima kasih kepada pengorbanan para guru serta mengeratkan silaturrahim di kalangan guru dan juga komuniti setempat.

Terima kasih kepada Bank Islam dan Bank Rakyat di atas sumbangan sempena Sambutan Hari Guru 2018, peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Encik Sawal dan Puan Murni dinobatkan sebagai King dan Queen Malam Untaian Kasih, Tuaian Budi 2018
image_pdfimage_print