4 Mei/Labuan – Wakil pemantun SK Tanjung Aru telah berjaya meraih tempat ketiga bersama dengan SK Membedai dalam Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Sekolah Rendah yang berlangsung di SK Patau-Patau pada 2 hingga 5 mei minggu lalu.
Membariskan pemantun iaitu Ninabilah , Nur Azra, Seri Suriana, Nurkhalilah, dan Nurhafizah yang mewakili sekolah SK Tanjung Aru telah membawa pulang piala dan sijil penyertaan.
Jurulatih pasukan, Puan Suliana Binti Amin berkata wakil pemantun sekolah mereka menunjukkan komitmen yang baik dan persembahan yang mantap pada pertandinngan itu dan juga merupakan pendedahan kepada para pelajar dalam seni memartabatkan pantun yang makin ditelan zaman.
“Jika dilihat pada pencapaian kita untuk penyertaan kali ini, pasukan pantun sekolah telah menunjukkan prestasi yang agak baik berbanding tahun sebelum ini. Saya yakin pasukan pemantun sekolah mampu untuk pergi lebih jauh jika diasuh dengan baik”.
“Kejayaan ini membuktikan bahawa seni bahasa Melayu ini mampu dimartabatkan oleh golongan muda,lebih-lebih murid sekolah rendah. Namun ,perlu kita tanamkan minat dalam kalangan mereka. Bahkan, guru sebenarnya memainkan peranan paling penting dalam membimbing murid dalam meneroka ilmu berpantun”.
Sekolah SK Tanjung Aru juga telah mendapat Naib Johan Anugerah Busana Terbaik pada pertandingan kali ini. Pertandingan tersebut juga telah menaikkan semangat murid-murid apabila melihat persaingan sengit antara SK Bukit Kallam dan SJK(C) Chi Wen berentap di pentas akhir. Pertandingan Pesta Pantun tersebut telah dijuarai oleh SK Bukit Kallam yang akan mewakili Wilayah Persekutuan Labuan ke peringkat kebangsaan.