Program Peningkatan Disiplin Murid di SK Pekan Satu Dijadikan Salah Satu Langkah Untuk Membasmi Gegala Buli

Labuan, 5 Julai 2018 – Masalah pelanggaran disiplin atau kerosakan akhlak dalam kalangan pelajar secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh pelbagai faktor. Tidak terdapat bukti nyata yang menunjukkan bahawa masalah ini disebabkan oleh sesuatu faktor yang dominan . Satu program khas anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPS telah diadakan iaitu ceramah disiplin dikalangan pelajar tahun 3 hingga 6. Ceramah ini bertujuan untuk mendisiplin pelajar tentang pentingnya disiplin dikalangan pelajar. Penceramah yang terlibat dan juga merupakan guru bimbingan dan kaunseling SKPS iaitu  Puan Farida Pasha bt Mansor memberikan ceramah yang bermakna kepada pelajar.

Program yang berlangsung daripada pukul 7.00-9.00 pagi di Dewan SKPS berlangsung dengan lancar dan telah mendapat sambutan yang baik dari pelajar-pelajar .Antara intipati ceramah tersebut adalah Tanda-tanda Membuli, Tanda-tanda Dibuli dan Cara-cara untuk Mengatasi Buli Disekolah. Selain daripada ceramah, program tersebut turut menjalankan aktiviti kuiz dan permainan untuk para pelajar.  Puan Jamayah selaku ketua Panitia Bimbingan dan Kaunseling SK Pekan Satu berkata ,

“Dalam hal ini, semua pihak harus menanganinya secara kolektif dan bijaksana. Aliran fahaman remaja berubah dari zaman ke zaman dan cara menanganinya akan turut berubah. Ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan media harus sentiasa menyumbang kepada penyelesaian masalah ini. Menghadapi cabaran globalisasi yang tiada sempadan ini memungkinkan semua maklumat sama ada baik atau benar disalurkan secara terus kepada remaja terutamanya anak-anak kita di SKPS”

image_pdfimage_print