
Labuan – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 Peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) telah berlangsung sederhana dan meriah di Dewan SK Layang-Layangan pada 12hb Julai 2018.
Pada awal pagi, majlis bermula dengan Majlis Hari Bertemu Pelanggan, Majlis Pemuafakatan Pendidikan Bersama Agensi Kerajaan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta komuniti.
Disusuli dengan Majlis Jasamu Dikenang bagi menghargai warga pendidikan yang telah bersara.
Warga pendidikan dan orang ramai termasuk dari agensi-agensi lain mula membanjiri rumah terbuka JPWPL bermula pukul 12.00 tengahari sehingga pukul 3.30 petang.
Pelbagai juadah dihidangkan yang telah disediakan oleh setiap sektor, Majlis Pengetua Sekolah Menengah Labuan dan Majlis Guru Besar Labuan.
Antaranya adalah nasi hujan panas, mee kari, soto, rendang, kelupis, sup daging, laksa, mee sup dan beraneka macam lagi juadah dihidangkan.