SMK Labuan Wakil Labuan Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen 2018 Peringkat Kebangsaan

Labuan – SMK Labuan akan mewakili Labuan dalam Pertandingan  Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen 2018 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Selangor pada 30 Julai  hingga 02 Ogos 2018.

Terdahulu, SMK Labuan telah muncul sebagai Johan Pertandingan  Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen 2018 Peringkat Labuan dan ini merupakan kemenangan kali kelima berturut-turut.

Pada peringkat akhir, pasukan bahas SMK Labuan telah mengalahkan SMK Pantai dengan tajuk perbahasan THBT PARENTS ARE TO BE BLAMED FOR THE EROSION OF MORAL AND CULTURAL VALUES AMONG YOUTH.

Tempat ketiga disandang oleh SMK Taman Perumahan Bedaun dan SM St Anthony.

Pelajar SMK Labuan, Eon Lee Jia Wen sebagai ketua pembangkang telah dipilih sebagai pembahas terbaik peringkat akhir.

Pembahas terbaik Eon Lee Jia Wen

Pembahas SMK Labuan turut diwakili oleh Adrian, Kenny Alfred, Louis Ker Wei Zhun dan Richard Ian Tanakinjal.

Guru Pengiring dan jurulatih SMK Labuan, Cheah Teong Aik (PK Kokurikulum), Juliana @ Bibiana binti Nain, Norah Tan, Nasthasia Masiri, Juriati Jumat, Shahira Nadzira Ridzal.

Kepada Pasukan bahas SMK Labuan, semoga beroleh kejayaan yang membanggakan di peringkat kebangsaan kelak.

 

image_pdfimage_print