Labuan,21 JULAI 2018 –SK Pekan Satu telah terpilih untuk menganjurkan Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab sempena Program Khalam Shabie Jemputan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan Wilayah Persekutuan Labuan 2018 pada 21 Julai 2018 (Sabtu) yang lalu bertempat di Dewan SKPS SK Pekan Satu baru-bru ini. Kalam Shabie dituturkan dalam Bahasa Arab yang menitikberatkan aspek sebutan arab yang tepat, jelas dan faseh disamping melihat aspek persembahan dari segi keharmonian gaya peserta.
Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar dari seluruh sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan. Selain pertandingan dikir barat bahasa Arab , bacaan ayat suci Alquran juga dijalankan oleh seluruh pelajar-pelajar yang terlibat.
Gelaran tempat pertama diberikan kepada SK Bukit Kalam . Tempat Kedua , SK Pekan Dua manakala, SK Bedaun telah berjaya merangkap sebagai pemenang tempat ketiga .
Majlis Penyampaian hadiah dan cenderahati Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab Jemputan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2016 telah disempurnakan oleh Pn. Vivi Erma, Timbalan Ketua Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.