63 Orang Warga Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Menerima Surat Kenaikan Pangkat

Encik Raisin Saidin bersama Guru Besar yang menerima surat kenaikan pangkat

Labuan – Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah berlangsung pada 23hb Julai 2018 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, WP Labuan.

Seramai 59 orang warga Jabatan Pendidikan menerima surat Kenaikan pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Gred DG32 hingga Gred DG44, 4 orang Guru Besar serta seorang pegawai jabatan menerima surat pengesahan kenaikan pangkat ke Gred DG42.

72 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan  ke Gred DG42 yang memangku pada 1 Disember 2016 telah menerima kenaikan pangkat pada Februari 2017 juga akan menerima surat pengesahan kenaikan pangkat yang disampaikan melalui Pengetua dan Guru Besar.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Labuan, Encik Raisin Saidin dalam ucapan aluan berkata, kenaikan pangkat ini akan memberi semangat dan dorongan kepada semua guru untuk meningkatkan prestasi masing-masing, melaksanakan kerja dengan cekap dan produktif, beriltizam tinggi serta mensyukuri nikmat seperti yang terkandung dalam Teras Perkhidmatan Awam.

Suatu ketika dahulu, profesion perguruan hanyalah sebagai pilihan kedua dalam bidang pekerjaan, tetapi kini dengan penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa, profesion guru telah menjadi pilihan utama. Encik Raisin Saidin

Dengan adanya penambahbaikan laluan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan yang memberi peluang yang luas kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk menikmati kenaikan pangkat merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan kerajaan kepada para guru.

Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar kewangan yang membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha guru dalam membentuk modal insan yang berpersonaliti unggul.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua warga jabatan yang terus-menerus menyumbangkan khidmat bakti tanpa mengira masa dan tenaga dalam mempertingkatkan prestasi Kementerian Pendidikan Malaysia demi melihat kemenjadian anak-anak murid di Labuan.

Encik Saiful menerima surat kenaikan pangkat daripada Pengarah, Encik Raisin Saidin

 

 

image_pdfimage_print