Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan menjuarai acara Bola Jaring Karnival Sukan Tingkatan Enam Peringkat Zon Selatan Negeri Sabah

Gambar kenangan Kontinjen SMK Labuan bersama YB Datuk Dr Hj Yusof

Labuan, 4 Ogos – Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan telah menjuarai acara Bola Jaring Karnival Sukan Tingkatan Enam Peringkat Zon Selatan Negeri Sabah anjuran SMK Pengiran Omar, Sipitang, Sabah.

Pada peringkat kumpulan, SMK Labuan telah menewaskan SMK Beaufort II (14-2), SMK Merapok (26-2) dan SMK Pengiran Omar (24-1).Keputusan separuh akhir, SMK Labuan mengalahkan SMK Beaufort II dengan 32-1.

SMK Labuan telah memenangi perlawanan akhir dan dinobatkan sebagai johan dengan menewaskan SMK Beaufort dengan keputusan 27-1.

Manakala dalam pertandingan Catan Seni Visual, SMK Labuan juga telah muncul sebagai johan dan tempat ketiga. Johan dimenangi oleh Nurhidayah Ismail dan tempat ketiga Dean Delaina D. Ejoh.

Acara Bola Tampar pula menduduki tempat ke-dua dan Futsal mendapat tempat ke-empat.

Sekolah yang terlibat dalam karnival sukan tingkatan enam ini termasuk SMK Labuan, SMK Kinarut, SMK Beaufort, SMK Weston, SMK Beaufort II, SMK Pengiran Omar, SMK Merapok dan SMK Majakir.

Majlis  Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr Hj Yusof bin Yacob, Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah.

Pengetua SMK Labuan mengucapkan terima kasih kepada PIBG SMK Labuan dan Koperasi SMK Labuan Berhad kerana membiayai sebahagian kos penyertaan kontinjen SMK Labuan.

Terima kasih juga atas kerjasama Unit Sukan JPWPL dan sokongan para ibu bapa. Setiap Murid SMK Labuan Bernilai.

Nurhidayah, Johan Catan Seni Visual menerima Sijil daripada YB Datuk Dr Hj Yusof
image_pdfimage_print