SK Sungai Bedaun Muncul Johan Pertandingan Bicara Berirama 2018

Murid-murid SK Sungai Bedaun menerima hadiah dan bergambar dengan Wakil Rasmi Pengarah Pendidikan, Encik Asbola, Puan Dg. Sarifah, Jurulatih Bicara Berirama SK Sungai Bedaun, Puan Shafawati, Puan Nurdahlia, Puan Nadiah dan Ketua Panitia Bahasa Melayu Puan Khadijah.

Labuan, 04 Ogos (Sabtu) – SK Sungai Bedaun Muncul Johan Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2018.

Paling manis, kejayaan ini tercipta di laman sendiri iaitu di Dewan Permata SK Sungai Bedaun, selaku tuan rumah Pertandingan Bicara Berirama bagi tahun 2018.

Majlis berlangsung dengan meriah melibatkan 12 Sekolah Rendah di Wilayah Persekutuan Labuan dan setiap pasukan diwakili oleh 31 orang murid.

SK Sungai bedaun telah membuat persiapan dan persediaan sehabis baik yang diketuai oleh  Guru Besar, Puan Dg. Sarifah binti A.Mahmod bagi memastikan pertandingan berlangsung dengan jayanya.

Menurut Pegawai Teknikal pertandingan, Encik Mohd Radzi berkata “Inilah penyertaan paling meriah berbanding pertandingan-pertandingan sebelum ini”.

Persembahan Bicara Berirama daripada Murid-Murid SK Sungai Bedaun

Sekolah-sekolah yang telah menyertai dan membuat persembahan menarik ialah SK Tanjung Aru, SKK SK Rancha-Rancha, SK Layang-Layangan, SK Pantai, SK Bukit Kalam, SK Bebuloh, SK Sungai Bedaun, SK Kerupang, SJKC Chi Wen, SJKC Chung Hwa, SK Pekan Satu, dan SK Membedai.

Sementara itu, Puan Dg Sarifah menyifatkan kemenangan ini sebagai kejayaan berganda bagi SK Sungai Bedaun selaku tuan rumah dan muncul sebagai Johan Pertandingan Bicara Berirama 2018.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru dan murid yang telah bersungguh-sungguh berlatih untuk membuat persembahan dalam Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri pada tahun ini.

SK Kerupang telah diistiharkan sebagai naib johan dan tempat ketiga menjadi milik SKK SK Rancha-Rancha.

Bagi Kategori Skrip Terbaik, Tempat Pertama SK Kerupang, Tempat Kedua SJKC Chi Wen, dan SK Sungai Bedaun mendapat Tempat Ketiga.

Konduktor Terbaik pula diberikan kepada Adik Mac Frederon Feridlee Dilon dari SJKC Chi Wen.

Konduktor Terbaik, Adik Mac Frederon Feridlee Dilon dari SJKC Chi Wen

Sebelum majlis penyampaian hadiah, ketua hakim Encik Yahya Bin Burhanuddin telah memberi ulasan dan komentar untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Antara isi penting dalam ulasan beliau, penulisan skrip perlu lebih ilmiah, penggunaan tanda baca perlu dititikberatkan. Dari segi persembahan, kesepaduan dan keseragaman suara serta pergerakan mempengaruhi markah. Manakala pemarkahan untuk penilaian konduktor, konduktor perlu menghayati skrip dan dapat memimpin pasukan dengan cemerlang.

JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 2018 (Guru Besar Pn Dg. Sarifah binti A.Mahmod, bersama guru-guru dan AKP) SK Sungai Bedaun, WP Labuan.

Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Rendah Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah disempurnakan oleh Encik Asbola @ Hasbollah bin Amit (Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusian, JPWPL). Turut hadir Encik Subari bin Dwar (ketua Unit Kokurikulum, JPWPL), Guru Besar-Guru Besar Sekolah-sekolah di WPLabuan.

 

image_pdfimage_print