Program Pengantarabangsaan SMK Lajau Wilayah Persekutuan Labuan Ke Negara Brunei Darussalam

Rombongan SMK Lajau bergambar di dalam Muzium Alat Kebesaran Diraja Brunei berlatarbelakangkan Payung Diraja

BRUNEI – Seramai 44 orang warga Program Pendidikan Khas Intergrasi SMK Lajau Wilayah Persekutan Labuan menyertai Program Pengantarabangsaan ke negara Brunei Darussalam selama 4 hari bermula 31 Julai dan berakhir pada 3 Ogos.

Rombongan yang terdiri daripada 13 orang guru, 3 orang Pembantu Pengurusan Murid, dan 28 orang murid  diketuai oleh Pengetua SMK Lajau, Encik Mohd Jamatin Abd Latip.

Sepanjang program lawatan ini, pelbagai aktiviti telah disusun antaranya mengadakan lawatan pengantarabangsaan ke sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas iaitu Sekolah Menengah Menglait.

Tujuan lawatan adalah untuk melihat dan berkongsi pengalaman berkaitan dengan Program Pendidikan Khas di sekolah tersebut. Pengetua SMK Lajau, Encik Mohd Jamatin Abd Latip berkata, antara objektif program pengantarabangsaan itu bertujuan untuk menimba pengalaman dan pengetahuan baru yang membolehkan SMK Lajau menjadi lebih cemerlang di peringkat antarabangsa.

Warga SM Menglait bergambar bersama rombongan SMK Lajau

Selain itu ia membolehkan para pelajar dan guru berpeluang berinteraksi secara efektif dan produktif bersama rakan-rakan dari latar belakang yang berbeza. Katanya dalam ucapan balas pada majlis resepsi meraikan peserta rombongan yang tiba di Sekolah Menengah Menglait, Negara Brunei Darussalam.

Selain mengadakan lawatan ke sekolah, rombongan itu juga tidak melepaskan peluang untuk melawat beberapa tempat yang menarik seperti  Muzium Maritim Brunei,  Muzium Teknologi Melayu, Rimba Garden Central, dan Muzim Alat Kebesaran Diraja yang mempamerkan pelbagai alatan sejarah diraja Negara Brunei.

Pada sebelah malam pula, ahli rombongan menerima undangan ke Restoran C’Dah Seafort & Grill dan diminta untuk membuat persembahan Angklong. Mereka telah menunjukkan bakat mereka dalam bermain alat muzik Angklung di hadapan pelanggan C’DAH Seafood & Grill sambil menikmati jamuan makan malam.

 

Pelajar Pendidikan Khas SMK Lajau membuat persembahan angklung di hadapan warga SM Menglait

Pengunjung-pengunjung terhibur dengan persembahan mereka. Mohd Jamatin berkata, apabila pelajar-pelajar membuat persembahan di khalayak ramai, secara tidak lansung ia akan menanamkan rasa keyakinan diri dalam setiap pelajar seseuai dengan salah satu objektif lawatan pengantarabangsaan permainan Anglung pelajar-pelajar PPKI SMK Lajau. Lawatan ke sekolah ini mendapat liputan berita dari Radio Televisyen Brunei Darussalam, termasuklah membuat rakaman penuh persembahan Anglung pelajar-pelajar PPKI  SMK Lajau.

Turut serta dalam rombongan ini ialah Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Noraini Hj Sabudin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Jasmi Sabtu, Pengarah Projek Encik Mohd Fizree Zakaria, Pengurus Keselamatan Encik Mohd Aminuddin Fahmi Mohd Zahari, Pengurus Penginapan Encik Muhd Zuraihi Razali, Encik Muhammad Ashrah Mat Yuti, Puan Rata Anak Lutau, Pn Juliana Jamrin, Pn Zurinah hj Daud, Pn Sadiah Jakob, Cik Noordiana Abdul Karim, Cik Maslinah Mohammad, Pn Herlina Alimuddin, cik Rita Jamin dan Cik Noorsalbinah Salleh. Rombongan SMK Lajau disambut oleh pengetua Sekolah Menengah Menglait Tuan hj Osman Rajab, Timbalan Pengetua Pentadbiran Puan Hjh Khadijah Awang Hj Mohd Salleh, Timbalan Pengetua Akademik  Puan Dayangku Aminatun Farida Pg Hj Mohd Ali dan warga sekolah SM Menglait.

Kanan : Tuan Hj Osman Rajab, pengetua SM Menglait menyampaikan cenderakenangan kepada Encik Mohd Jamatin, disaksikan oleh Encik Jasmi Sabtu dan Tuan Hj Awang Ali Yusri bin Abd Ghafor, Pegawai Kementerian Pendidikan Negera Brunei.

 

 

 

 

 

 

image_pdfimage_print