
Labuan,5 Ogos 2018 – Program khas Tahun 6 diadakan dibawah anjuran Unit Kurikulum Dan Unit Hal Ehwal Murid SK Pekan Satu WP Labuan dengan kerjasama PIBG sekolah. Program ini diadakan adalah untuk menyampaikan progres kemenjadian murid Tahun 6 dari segi akademik dan kebimbangan terhadap isu-isu melibatkan sahsiah murid-murid kepada waris mereka. Program yang diadakan di Dewan SK Pekan Satu dihadiri oleh Pn. Zaliha Mohd Salleh , Penolong Pengarah JP WP Labuan , Pn. Anita Shyamini Azman, Guru Besar SK Pekan Satu dan En Mamduh Bin Zakaria, YDP PIBG SK Pekan Satu. Turut hadir , Shawal Abdul Rahman, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Pekan Satu, WP Labuan , Pn Noorlihan Binti Abdul Alip , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Pekan Satu ,Pn. Zailiana Zainol, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK Pekan Satu serta guru-guru Tahun 6 dan ibubapa .
Program yang dijalankan ini diisi dengan Taklimat Pencapaian Prestasi Murid Tahun 6 : Ujian Sumatif 1, Ujian Sumatif 2 (Peperiksaan Pertengahan Tahun) dan Ujian Pra UPSR 1) oleh Guru Besar,Pn Anita Shyamini S Azman .Taklimat tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibubapa mengenai perkembangan anak-anak murid dalam subjek.
Selain itu , Ceramah Motivasi Keibubapaan yang disampaikan oleh En. Zaki Bin Talib, Kaunselor Pelajar, SMK Labuan. Ceramh dijalankan dengan tujuan sebagai panduan kepada ibubapa cara membantu anak- anak mereka untuk menapai kecemerlangan dalam peperiksaan .
Secara keseluruhan, program dapat dijalankan dengan baik atas wujudnya kerjasama yang diberikan oleh para ibubapa yang hadir . Pn Anita Syamini S Azman menyatakan dalam ucapan beliau
kerjasama dan sokongan daripada waris / ibu bapa murid Tahun 6 amat diperlukan bagi menjamin kemenjadian murid berada di landasan yang betul.” katanya .