Labuan, 20 Okt : Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Simposium Kepimpinan Kreatif Wilayah Persekutuan Labuan, hari ini bertempat di salah sebuah hotel di sini.
Simposium tahun 2018 adalah platform perkongsian pemikiran inkuiri yang menjana tingkahlaku menyelidik dan berkreativiti, kesinambungan kepada Wacan Kepimpinan Pengurusan Pendidikan yang telah diadakan setiap tahun sejak 2009.
Program pada kali membincangkan topik forum ‘Memimpin Kreatif untuk masa depan’ serta bicara profesional Melangkah Ke Hadapan.
Panel Jemputan ialah Dr Marzita Abu Bakar, Ketua Pusat Pembangunan Dasar & Inovasi Organisasi IAB, KPM, Prof. Madya Dr Balan Rathakrishnan dari Universiti Malaysia Sabah dan Dr Zamhar Iswandono bin Awang Ismail dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan bertindak sebagai moderator Forum.
Bagi mengupas Bicara Profesional : Melangkah Ke hadapan, penceramah jemputan Encik Muddin bin Betting, Ketua Penolong Pengarah Sektor Dasar Keguruan, BPG, KPM.
Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Labuan, Encik Raisin Saidin mengharapkan agar pemimpin pendidikan yang hadir pada hari ini terutama Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan dapat mencetuskan perubahan serta mempengaruhi para guru dalam melangkah ke hadapan bagi meningkatkan kualiti sekolah dan kualiti kemenjadian murid selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.