Labuan, 21 Mac –Sekolah Kebangsaan Pekan Satu telah menerima lawatan penanda aras dari PPD Ranau, Sabah. Lawatan ini bersempena dengan Majlis Guru Besar PPD Ranau. Seramai 40 orang yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Tidak ketinggalan juga seramai 15 orang dari Majlis Guru Besar Labuan yang turut hadir. Dua orang wakil Jabatan Pendidikan Negeri Labuan turut serta ke majlis ini.
Majlis ini merupakan satu program untuk menyatupadukan dan merapatkan lagi hubungan baik semua guru-guru besar sekolah-sekolah rendah di daerah ranau dengan guru-guru besar sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan.
Pn. Anita Shyamini S. Azman, Guru Besar SK Pekan Satu, menekankan kerjasama di antara dua pihak iaitu dari kalangan guru-guru besar adalah penting untuk menjamin keadaan sekolah yang kondusif sesuai untuk murid-murid belajar.