World Speech Day 2019

Semua peserta bergambar bersama tetamu-tetamu Kehormat sebagai kenangan.

Labuan,15 Mac – ‘World Speech Day’ diadakan pada 15 Mac setiap tahun dimana Simon Gibson merupakan pelopor utama program ini dijalankan sejak 2015. 

Pada tahun 2019, terdapat lebih 100 buah negara akan menyertai aktiviti pengucapan awam dengan adanya penglibatan dari pihak sekolah, institusi pengajian tinggi, tokoh-tokoh ilmuan dan NGO.

Sehubungan dengan itu, SMK Labuan telah menganjurkan World Speech Day 2019 pada 15 Mac, hari Jumaat yang lalu.

Majlis telah disempurnakan oleh Puan Khaziyati Osman,  wakil rasmi Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu khas dari Jabatan Pendidikan W.P. Labuan, Pengerusi PIBG Smk Labuan, Tuan Haji Md. Yusof Hj. Chuchu, guru-guru dari sekolah-sekolah yang berlainan serta ibu-bapa pelajar.

Program kali ini dianjurkan oleh Bidang Bahasa SMK Labuan, dengan kerjasama Toastmaster Club W.P Labuan, Jabatan Pendidikan W.P. Labuan dan PIBG SMK Labuan.

Penyertaan yang sangat menggalakkan daripada ahli-ahli Toastmaster Club Labuan, Persatuan Orang-orang Pekak (W.P. Labuan W.P. Deaf Society), para pelajar dari SMK Labuan, Smk Pantai, SMK Lajau, SMK Rancha-Rancha, SMK Mutiara, SMK Taman Perumahan Bedaun, SM MAIWP, dan SK. St. Anne.

Para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar SMK Labuan bergambar di photo booth yang telah disediakan.

Pada World Speech Day kali ini, sedikit kelainan dan keunikan ditampilkan dengan penyampaian ucapan awam dalam tujuh bahasa iaitu, Bahasa Melayu, English, Mandarin, French,  Arab, Tagalog dan juga bahasa isyarat (sign language).

Sofia Umaira bt. Ismail , peserta dari SMK Labuan sedang menyampaikan ucapan beliau dalam bahasa French.

Program ini direncanakan selaras dengan objektif ‘World Speech Day’ iaitu menggunakan kekuatan keunikan pengucapan awam sebagai wadah untuk meneroka dan berkongsi idea-idea baharu.

Ia juga dilihat sebagai satu usaha untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan dapat menerapkan semangat ingin mencuba dalam kalangan pelajar SMK Labuan khasnya, dan seluruh pelajar di W.P. Labuan, secara keseluruhan.  Pada kali ini, majlis telah berlangsung dengan lancar dan meriah.

Tuan Pengetua, Encik Ismail Abdullah, menyampaikan    cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada Susanna Koh, Pengerusi Kelab Toastmaster W.P. Labuan. 

Loading

image_pdfimage_print