Menghargai Pengorbanan Guru-Guru SK St Anne

Cikgu Shim menyampaikan hadiah tresure hunt kepada guru-guru SK St Anne

Labuan – Guru-guru Sekolah Kluster Kecemerlangan, SK St Anne telah diraikan dalam Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Hari Guru 2019 di restoran makanan laut di Labuan, jumaat lalu.

Sambutan majlis makan malam yang ditaja sepenuhnya oleh Guru Besar SK St Anne, Cikgu Shim Ching Teo berlangsung dengan penuh keriangan dan kegembiraan.

Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Guru SK St Anne ini diserikan dengan upacara memotong kek, permainan yang menarik, cabutan bertuah dan acara bertukar-tukar hadiah.

Guru Besar, Cikgu Shim Ching Teo menzahirkan rasa penghargaan kepada guru-guru di atas pengorbanan mereka terhadap murid-murid sehingga dapat diterjemahkan dan direalisasikan melalui kejayaan sekolah serta kemenjadian anak-anak murid SK St Anne.

Terima kasih atas hasil usaha gigih rakan-rakan guru dan semoga para guru SK St Anne sentiasa diberi kekuatan untuk menabur bakti dalam dunia pendidikan. Cikgu Shim Ching Teo

Hadir sama memeriahkan majlis, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan, Encik Raisin Saidin, Ketua-Ketua Sektor, Pegawai Angkat Sekolah, Pegawai Bomba dan PIBG sekolah.

Pada sebelah pagi, sambutan hari guru 2019 turut dimeriahkan dengan penganjuran treasure hunt yang bertemakan info dan sejarah sekolah SK St Anne.

wajah ceria dan gembira guru-guru SK St Anne bersama Cikgu Shim
Encik Raisin Saidin turut memeriahkan majlis makan malam hari guru SK St Anne

Loading

image_pdfimage_print