Pemimpin Sekolah Labuan Menghadiri Kursus Speed-Up Anjuran IAB

En Zulkifli Bin Manap (duduk tiga dari kiri), Dr Abdul Rahim Bin Abdul Rashid (duduk, tengah), En Abd Razak bin Abu Samah (duduk tiga dari kanan) turut hadir Pn Sarifah (duduk paling Kiri) memangku YDP MGB merakamkan gambar kenangan bersama peserta Kursus SPeeD-Up.

Labuan, 13 Julai – Seramai 34 orang pemimpin sekolah rendah di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan menghadiri kursus Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SPeeD-uP) yang dikelolakan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Labuan pada 9 hingga 11 Julai di Bilik Benua, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN).

Program Pembangunan Prestasi Sekolah bertujuan untuk meningkatkan pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang, menganjakkan sekolah ke tahap yang lebih baik seterusnya menjadikan sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. 

Kursus selama tiga hari tersebut dikendalikan oleh pensyarah IAB iaitu Encik Zulkifli Bin Manap, Encik Abd Razak bin Abu Samah dan Dr Abdul Rahim Bin Abdul Rashid. Ianya dihadiri oleh 15 orang guru besar dan 19 orang guru penolong kanan.

En Abd Razak bin Abu Samah, pengurus program SPeeD-uP berkata   kursus ini  bertujuan untuk membimbing pemimpin sekolah untuk mengenalpasti konsep dan kemahiran-kemahiran kepimpinan bagi pengurusan sekolah yang berkesan.

Dr Abd Rahim sedang membimbing peserta kursus menyediakan Pelan Tindakan Sekolah.
Para peserta begitu tekun menyediakan Pelan Tindakan Sekolah.

Selain itu, peserta kursus turut dibimbing menggunakan laporan SKPMg2 bagi menganalisis isu kelemahan sekolah masing-masing. 

Peserta turut teruja mendengar ceramah mengenai “Deliverology” yang disampaikan oleh En Zulkifli. “Deliverology” merupakan satu proses yang sistematik untuk mendorong kemajuan dan membuahkan hasil.

Dalam kursus ini, para peserta diminta mengaplikasikan proses “Deliverology”  untuk melancarkan pelaksanaan perancangan di sekolah masing-masing.

Pembentangan Pelan Tindakan Sekolah telah disampaikan oleh guru besar dengan dibantu oleh guru penolong kanan.

Adalah diharapkan melalui kursus ini semua sekolah dapat melonjakkan pencapaian semua murid melepasi tahap penguasaan minima serta berkongsi dapatan kursus dengan warga sekolah.

Berita oleh Puan Kamariah Salim, SK Sungai Bedaun

Pemimpin sekolah begitu ceria merakamkan gambar kenangan bersama pensyarah IAB selepas sesi pembentangan.

Loading

image_pdfimage_print