Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2019

Labuan, 10-12 Julai 2019 – SK Pekan Satu dinobatkan sebagai naib johan Pesta Pantun sekolah-sekolah peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Pesta pantun yang berlangsung selama tiga hari, berkampung di SMK Pantai Labuan, berjaya mencungkil malah mengilap bakat, kretiviti dan kritis serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) secara spontan dikalangan murid SKPS.

Dari kiri barisan hadapan Nur Uzma Khairunnisa, Iman Khayra Binti Haniz. Dari kiri barisan belakang Alya Mahirah, Nur Amna Amierra

Seramai lima orang peserta Pesta Pantun cili api SKPS yang diwakili oleh adik Nurul Arifah Binti Sazali Rithouddin (5 Genius), Nur Amna Amierra Binti Amiruddin (5 Genius), Alya Mahirah Binti Wahid (5 Genius), Nur Uzma Khairunnisa Binti Ahmad (5 Genius) dan Iman Khayra Binti Haniz (5 Genius). Semua peserta Pesta Pantun SKPS ini adalah dibawah bimbingan Pn. Masnah Ali Hussin, Cik Nuradilah Binti Sami dan Cik Suriana Abdul Kadir selaku jurulatih utama dan guru pengiring peserta SKPS.

Kejayaan peserta pantun SKPS meraih kedudukan naib johan dalam Pesta Pantun ini membuktikan bahawa murid-murid SKPS gagah memberikan saingan gerun malahmenggugat kedudukan 14  buah sekolah lain yang turut menyertai Pesta Pantun tahun ini. Berkat kesungguhan dan kegigihan guru-guru pembimbing membuktikan bahawa bakat dan kehandalan murid-murid SKPS sukar disangkal dan sudah semestinya akan terus digilap dari rebungnya bak kata pepatah melayu “melentur buluh biar dari rebungnya”.

 Ibarat harimau yang mengaum guru-guru SKPS pastinya akan melipat gandakan usaha, serta sentiasa menyuntik pengetahuan, kaedah, teknik yang bersifat intelektual. Anjakan demi anjakan akan sentiasa dilestarikan malah pelbagai diagnosis akan dilakukan oleh para guru sebagai alternatif sesuai dengan kehendak dan perkembangan Pesta Pantun pada masa akan datang.

Terima kasih atas sokongan padu Guru Besar SKPS  Pn Anita Syahmini Binti S Azman, Barisan penolong kanan pentadbiran dan seluruh warga SKPS kerana sentiasa memberi sokongan serta galakan kepada peserta SKPS sepanjang Pesta Pantun di jalankan. Selaku Guru Besar SKPS, Pn Anita Syahmini yakin kejuaraan Pesta Pantun dalam genggaman SKPS pada tahun hadapan.

Gambar peserta Pesta Pantun SKPS bersama PK Kokum En Esmit bin Amat dan jurulatih

Secara konklusinya, alternatif yang dinamis akan diteruskan untuk meraih kejuraan dalam apa juga pertandingan yang akan disertai oleh murid-murid SKPS. Guru-guru SKPS sudah pasti menjadi saluran failitator kepada murid-murid dan sentiasa bersiap siaga untuk menyahut cabaran sebagai pencabar utama dalam apa juga pertandingan di peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Usaha tangga kejayaan pasti membuah kan hasil yang lumayan. Syabas dan tahniah kepada peserta pesta pantun SKPS!!!

Loading

image_pdfimage_print