Kem Bina Juara Anjuran Sektor Pendidikan Islam

Labuan, 10 Ogos –  Seramai 100 orang murid dan 19 orang guru dari seluruh  sekolah rendah sekitar WP Labuan telah menjayakan Kem Bina Juara (KBJ) peringkat WP Labuan bagi tahun 2019 di Pusat Kokurikulum Negeri pada  6 hingga 8 Ogos yang lalu. Program KBJ ini adalah anjuran Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Penyelaras Program ini ialah Ustazah Sitti Rahimah binti Yusuppu (Penolong Pengarah Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Isam).

Program ini telah dihadiri oleh murid-murid yang berpotensi dalam bidang Al-Quran, Khat dan Bahasa Arab. Murid-murid yang terlibat dibahagikan kepada tiga kumpulan besar.

36 orang murid terlibat dengan Modul Tahsin dan Tarannum Al-Quran, 31 orang murid bagi Modul Jawi dan Khat, dan 33 orang murid lagi dengan Modul Bahasa Arab (Hiwar).

Murid-murid ini telah dibimbing oleh fasilitator yang mahir dalam bidang masing-masing. Fasilitator adalah dalam kalangan guru-guru sekolah rendah sekitar WP Labuan dan 2 orang fasilitator jemputan dari Jabatan Agama Islam (JAWI) Labuan iaitu Ustaz Tahang bin Chongo bagi Modul Tarannum dan Ustaz Mohd Fadhil bin Abdullah bagi Modul Khat.

Latihan Dalam Kumpulan Modul Jawi dan Khat
Latihan Dalam Kumpulan Modul Tahsin dan Tarannum

Program selama tiga hari ini dilihat memberi impak yang besar kepada murid-murid. Menurut Ustazah Anfal binti Amir (Kem Komandan KBJ) “Para peserta mampu menunjukkan bakat dalam bidang masing-masing, setelah mengikut LDK selama 3 hari.”

Program KBJ juga telah memilih peserta terbaik bagi setiap modul. Bagi Modul Tahsin dan Tarannum, Peserta Terbaik Lelaki ialah adik Muhammad Aisy Hafiy khairullah bin Harma Hazizi dari SK Sungai Bedaun yang telah dibimbing oleh Ustaz Tahang bin Chongo dan Ustaz Zulkornain bin Ahmad.

Manakala Peserta Terbaik Perempuan ialah adik Puteri Nurbuhairah Binti Norazlan dari SK Bebuloh yang telah dibimbing oleh Ustaz Nawawi bin Ejal dan Ustaz Mohd Firdaus bin Yahaya.

Seterusnya bagi Modul Jawi dan Khat , Peserta Terbaik Lelaki ialah Adik Mohammad Aiman Ramadhan Bin Haliman dari SJK (C) Chi Wen, murid ini telah dibimbing oleh Ustaz Mohd Fadhil bin Abdullah dan Ustazah Khamisah binti Ismail dan Peserta Terbaik Perempuan pula telah diberikan kepada Adik Dayang Shaidatul Atirah Binti Saamsul dari SK Patau-Patau yang telah dibimbing oleh Ustaz Zulkarnain bin Ali dan Ustazah  Norhafizah binti Lamudin.

Bagi Modul Bahasa Arab (Hiwar) pula peserta terbaik Lelaki diberikan kepada adik Muhammad Ammar Afi Bin Azlan dari SK Pantai, yang telah dibimbing oleh Ustaz Ciptho Wiryawan @ Mohd Ikhwani. Peserta Terbaik Perempuan pula diberikan kepada Anis Hamraa Hazimah Binti Taufik dari SK Kerupang yang telah dibimbing oleh Ustazah Sanisah binti Zulkile.

Penyampaian Hadiah Peserta Terbaik oleh Ustaz Mohd Syahir kepada Adik Muhammad Aisy Hafiy Khairullah, disaksikan oleh Ustazah Sitti Rahimah dan Ustaz Sahrum.

Menurut Ustazah Sitti Rahimah binti Yusuppu (Penolong Pengarah Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Isam) Penyelaras Program KBJ,  “Alhamdulillah, semua peserta memberi maklumbalas yang positif. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang menjayakan program ini, Urusetia, Kem Komandan dan penolongnya, Barisan Fasilitator, murid-murid serta ibu bapa yang sangat komited”. Katanya semasa majlis penutupan kem tersebut.

Ketua Sektor Pendidikan Islam, Ustaz Mohd Syahir bin Mohd Yusof turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa KBJ, para fasilitator, yang memberikan sepenuh komitmen bagi menjayakan Kem Bina Juara ini.

“Sekali lagi ucapan tahniah dan terima kasih dari Sektor Pendidikan Islam buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan KBJ 2019”. Katanya dengan penuh bangga dalam ucapan perasmian penutupan.

Beliau berharap semoga input yang diperolehi oleh anak-anak peserta melalui kem ini dapat  meningkatkan keyakinan diri untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan lain di sekolah, samada dalam bidang Tarannum, Khat atau Hiwar Bahasa Arab.

Turut hadir, Ustaz Sahrum bin Samlan, Penolong Pengarah Pembangunan Adab dan Nilai, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Berita Oleh : Sektor Pendidikan Islam

Latihan Dalam Kumpulan Modul Bahas Arab (Hiwar)
Latihan Dalam Kumpulan Modul Bahasa Arab (Hiwar)
Penyelaras Program KBJ (Ustazah Sitti Rahimah binti Yusuppu) bergambar bersama peserta KBJ
Peserta dari SK Sungai Bedaun merakamkan gambar kenangan Program Kem Bina Juara 2019

Loading

image_pdfimage_print