Perasmian Bulan Kemerdekaan Sk Pekan Satu

Para guru mengibarkan Jalur Gemilang sempena pelancaran Bulan Kemerdekaan

Labuan,9 Ogos 2019 (Jumaat) – SK Pekan Satu tidak ketinggalan mengibarkan jalur gemilang sebagai suntikan patriotisma dalam pelancaran Perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah pada pagi Jumaat yang dikendalikan oleh Cikgu Noor Anidah binti Ag Adi. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh Puan Anita Shyamini A/S Azman, Guru Besar SK Pekan Satu W.P.Labuan.

Majlis Pelancaran mengibarkan jalur gemilang ini, melibatkan seluruh warga SK Pekan Satu, murid-murid dan guru-guru. Murid seawal usia 5 Tahun juga turut bersama-sama mengibarkan jalur gemilang bagi merasai semangat kemerdekaan. Suntikan semangat kemerdekaan ini di pancarkan dengan hiasan jalur gemilang yang memenuhi kawasan sekolah SK Pekan Satu mengikut kreativiti guru-guru dan murid menyerlahkan semangat patrotisma di kalangan warga SK Pekan Satu.

Murid-murid berkumpul di dataran bagi menyambut pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Pekan Satu

 Di samping mengibarkan jalur gemilang sempena pelancaran Bulan Kemedekaan, Seluruh warga SK Pekan Satu  bersama-sama menyanyikan lagu tema sambutan kemerdekaan ke-62 dan beberapa buah lagu patriotik dalam menyemarakkan lagi jiwa anak merdeka. Puan Anita berkata, pelancaran bulan kemerdekaan itu penting, terutama kepada generasi baharu bagi menyemai semangat patriotik sejak di bangku sekolah agar dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai jiwa merdeka yang kental pada masa hadapan.

“Generasi baharu harus diberi kesedaran dan semangat merdeka juga perlu disemai dalam jiwa mereka agar dapat memupuk rasa kecintaan yang tinggi terhadap negara Malaysia.

“Kita bimbang, jika semangat patriotik ini sudah hilang dalam sanubari mereka, ia akan memberi impak negatif pada masa depan negara dan bangsa, kerana murid-murid pada hari ini adalah wira dan wirawati Negara pada masa akan datang” katanya ketika ditemui selepas pelancaran itu.

Sementara itu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SK Pekan Satu Puan Normah binti Rahimi, berkata berpuluh acara membabitkan pelajar dan guru disediakan bagi mengisi aktiviti bulan kemerdekaan.

Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan, mewarna bendera Malaysia, melukis poster merdeka, nyanyian lagu patriotik, pakaian beragam bertemakan kemerdekaan, pameran dan kibaran bendera sepanjang bulan Ogos hingga September.

Diharapkan dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang dapat meningkatkan semangat cintakan Malaysia dalam kalangan warga SKPS dalam kelompok generasi yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Dari kiri Cikgu Farhah, Cikgu Noor Anidah, Penolong Kanan HEM Puan Normah Rahimi, Guru Besar SKPS Puan Anita Shyamini A/P S. Azman, Penolong Kanan Satu SKPS Puan Zailiana Zainol dan Cikgu Hafizah mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK Pekan Satu

Loading

image_pdfimage_print