SESB ‘Menyalakan’ Kesedaran Perubahan Iklim dan Kecekapan Penggunaan Tenaga di SMK Mutiara

Encik Nizam dan Encik Mohd Zain bersama para peserta

Labuan, 6 Nov – SMK Mutiara telah terpilih sebagai lokasi pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada Selasa lalu.

Program yang dikelolakan sepenuhnya oleh seramai 16 kakitangan SESB Wilayah Sabah dan Labuan ini telah diadakan di surau Al-Marjan, SMK Mutiara. Seramai 120 murid Tingkatan 2,3 dan 4 terlibat dalam pelbagai aktiviti sepanjang program tersebut.

Antara program yang telah dilaksanakan ialah taklimat keselamatan elektrik , taklimat kecekapan tenaga, aktiviti extreme games & truth or lies dan sharing session dengan para peserta.

Menurut salah seorang penyelaras program, Puan Onnia Ahngol, para peserta telah didedahkan dengan cara pengiraan penggunaan tenaga elektrik, kaedah-kaedah terbaik dalam penggunaan elektrik secara berhemah dan aktiviti-aktiviti manusia yang mampu memberi impak kepada kelestarian alam sekitar.

Semua aktiviti dijalankan secara hands-on melibatkan aktiviti kumpulan yang dibimbing oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada kakitangan SESB sendiri.

Ketika ditemui, Adik Nur Faiqah ketua kumpulan Captain America berkata aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini bukan sahaja bermanfaat tetapi juga menyeronokkan. Tambahnya lagi, aktiviti sebegini perlu diadakan lagi pada masa akan datang kerana mampu mendidik remaja tentang peri pentingnya menggunakan tenaga elektrik secara bijak.

Kumpulan Captain America telah berjaya menjadi johan keseluruhan dalam pertandingan yang telah dijalankan.

Kumpulan Captain America : johan keseluruhan

Ketua fasilitator SESB, Encik Cherry Gulimit (Wakil rasmi pengurus SESB Kota Kinabalu) berkata, selain memenuhi matlamat CSR, program yang bertemakan CLIMATE CHANGE and ENERGY EFISIENSI ini menumpukan kepada generasi muda dan pelajar agar dunia yang diwarisi pada masa akan datang lebih mesra penggunaan tenaga, lebih bersih dan lestari.

Program ini telah dirasmikan penutupannya oleh Pengetua SMK Mutiara, Encik Mohd Nizam bin Yasim.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih atas kesungguhan SESB mengadakan program bersama pihak sekolah. Beliau turut memuji SESB kerana telah menyediakan fasilitator yang mencukupi, menyediakan makan minum, hadiah dan cenderahati untuk semua murid yang menyertai program ini.

Beliau turut berharap agar semua peserta program dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk manfaat ke arah kelestarian alam.

Turut hadir dalam acara penutupan ialah Encik Mohd Zain bin Salleh, (Pengurus Zon SESB Labuan). Beliau turut menyampaikan sijil-sijil, cenderahati dan hadiah-hadiah kepada kumpulan-kumpulan yang berjaya dan kepada pihak sekolah.

Berita Oeh : SMK Mutiara

Encik Mohd Nizam menyampaikan ucapan perasmian kepada para peserta

Loading

image_pdfimage_print