Lawatan Pelajar UMS Ke PPKI SK Pekan Satu

Dr Aslina binti Baharum (5 dari kiri), Encik Esmit Bin Amat (6 dari kiri) bersama pelajar-pelajar UMS dan guru-guru PPKI SKPS.

Labuan 6 November- Pelajar Fakulti Komputer dan Informatik Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan lawatan kerja Lapangan ke Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) SK Pekan Satu untuk menjalankan aktiviti kaji selidik kepada murid dan guru-guru pendidikan khas. Seramai 15 orang pelajar dan seorang Pensyarah Dr Aslina binti Baharum terlibat dengan lawatan ini.

Tujuan lawatan adalah salah satu keperluan subjek Research Methodology dalam pengajian Sarjana Sains Komputer Pembangunan Perisian (Software Development) dan kepintaran komputer (Computing Intelligence). Kajian melibatkan 40 murid PPKI pelbagai kategori dan 15 orang guru sebagai responden kaji selidik dengan menggunakan mobile apps khas iaitu Autismo, jade Autisme, Otsimo atau MITA untuk murid dan set soal selidik untuk guru berkenaan kefahaman guru-guru tentang autisme.

Encik Esmit Bin Amat (PK Kokurikulum SKPS) mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UMS kerana memilih SKPS sebagai destinasi untuk mengadakan lawatan ini. Beliau juga berharap agar pengalaman yang perolehi akan digunakan oleh siswa dan siswazah dalam menyiapkan kertas cadangan masing-masing untuk subjek Research Methodology.

Akhir sekali, Puan Hafizah bt Hj Awang Kanak selaku penyelaras program melahirkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada semua kerana lawatan ini dapat dilangsungkan dengan jayanya. Tambahnya lagi, tanpa komitmen yang tinggi daripada semua pihak, maka program seumpama ini tidak mungkin dapat dilaksanakan sepertimana yang diharapkan. Beliau juga berharap agar guru-guru dan murid-murid PPKI khususnya menjadikan majlis ini sebagai pemangkin semangat untuk terus berjaya pada masa hadapan.

Dr Aslina binti Baharum dan pelajar UMS melakukan kaji selidik bersama murid PPKI SKPS.

Loading

image_pdfimage_print