Pelaksanaan Pendidikan Sivik Tumpu Nilai Teras Kasih Sayang, Hormat-Menghormati, Tanggungjawab dan Kegembiraan

Penuh semangat murid-murid sempena perhimpunan pagi SK Rancha-Rancha

Labuan, 20 Jan – Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) SK Rancha-Rancha telah mengadakan perhimpunan mingguan sekolah sempena pelaksanaan pendidikan sivik di sekolah. Majlis turut dihadiri oleh Encik Ag Marten Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) dan Puan Zaliha Mohd Salleh, pegawai angkat sekolah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zulkornain bin Ahmad. Dalam ucapan Encik Ag Marten, beliau berkata pelaksanaan pendidikan sivik di sekolah yang menumpukan kepada empat nilai teras iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, tanggungjawab dan kegembiraan.

Manual kesedaran sivik dan amalan nilai dalam perhimpunan rasmi dijalankan selama 5 minit untuk menyampaikan nilai teras tersebut. Ia dijalankan setiap minggu mengikut tema nilai teras sivik yang ditetapkan. Tema pada bulan Januari ialah kasih sayang.

Encik Ag Marten, Puan Norinie, Puan Zaleha dan Penolong-Penolong Kanan SMK Rancha-Rancha

Guru Besar, Puan Norinnie binti Kassim berkata pendidikan sivik memberi pemahaman dan kesedaran kepada murid tentang hak mengamalkannya dalam kehidupan harian.

Pendidikan sivik dilaksanakan selama sejam pada minggu keempat setiap bulan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah. Pendidikan sivik juga dijalankan dalam aktiviti kokurikulum setiap minggu melalui aktiviti yang dijalankan dijalankan selama 10 minit setiap minggu.

Majlis diteruskan dengan pelancaran program mentor mentee di bawah unit bimbingan dan kaunseling. Seterusnya, semua guru kelas menerima buku laporan program tersebut yang akan dilaksanakan hari Isnin minggu pertama setiap bulan jam 7.00 hingga 7.30 pagi.

Berita Oleh : SK Rancha-Rancha

Ucapan oleh Encik Ag Marten, KPP Sektor Sumber Teknologi Pendidikan

Loading

image_pdfimage_print