SK Rancha-Rancha Dedah Guru Kemahiran Pertolongan Cemas

Merakam kenangan : Puan Norinnie, guru-guru SK Rancha-Rancha bersama pakar perubatan kecemasan dan kakitangan Hospital Nukleus Labuan

Labuan, 20 Januari 2020 – Sebagai langkah persediaan menghadapi kejadian tidak diingini dalam persekitaran sekolah, seramai 42 guru dan pegawai kumpulan pelaksana (PKP) dari Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) SK Rancha-Rancha diberikan kursus mempelajari asas-asas pertolongan cemas dan bantuan pernafasan resutasi kardiopulmonari (CPR)

Guru Besar, Puan Norinnie binti Kassim berkata kemahiran ini perlu terutamanya untuk guru supaya mereka dapat menghadapi sebarang kemungkinan di sekolah sebelum murid dihantar ke hospital. Beliau juga yakin kemahiran yang dipelajari oleh guru dapat didedahkan kepada murid-murid.

Latihan pertolongan kecemasan itu dikendalikan oleh tujuh kakitangan dari Hospital Nukleus W.P Labuan yang diketuai oleh Dr. Mohamad Hamim bin Mohamad Hanifah, pakar perubatan kecemasan hospital tersebut.

Guru-guru sedang melihat demonstrasi pertolongan cemas
Guru SK Rancha-Rancha sedang mencuba latihan amali pertolongan cemas sambil diperhatikan oleh kakitangan hospital Nukleus Labuan

Peserta kursus dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk sesi amali tentang teknik dan cara yang betul bagi membantu individu tercekik dan bantuan pernafasan bagi orang dewasa dan bayi. Setiap kumpulan dapat mempelajari cara yang betul untuk melakukan CPR.

Peserta didedahkan dengan teknik CPR untuk menyelamatkan nyawa ketika nadi dan nafas mangsa terhenti. Semasa bengkel, teknik dilatih ialah melibatkan tekanan dada dan hembusan mulut ke mulut, dan ini terbukti berkesan untuk menyelamatkan nyawa.

Dr Mohamad Hamim berkata dengan ilmu yang didedahkan oleh kakitangan hospital dapat dimanfaatkan oleh guru untuk memberi rawatan awal jika sesuatu kejadian tidak diingini berlaku di sekolah sebelum pihak hospital tiba.

Peserta program juga teruja dan kursus ini sangat bermanfaat dalam kehidupan, di samping memberi peluang untuk membantu insan lain yang berada dalam kesakitan dan kecemasan.

Berita Oleh : SK Rancha-Rancha

Puan Norinnie bersama guru-guru sedang khusuk melihat demonstrasi pertolongan cemas kepada bayi
Penyampaian sijil penghargaan kepada pihak Hospital Nukleus Labuan

Loading

image_pdfimage_print