SEMANGAT BERSATU PADU Masyarakat Majmuk Perlu Dipupuk Sejak Bangku Sekolah : Sambutan Tahun Baharu Cina 2020 SK Sungai Bedaun

Guru Besar SK Sungai Bedaun, Puan Dg. Sarifah A. Mahmod menerima gimik perasmian majlis daripada murid-murid berketurunan cina.

Labuan, 7 Feb 2020 – Perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) SK Sungai Bedaun telah diadakan pada 4 Februari lalu untuk mengeratkan perpaduan seluruh warga SKSB. Majlis serba serdahana itu diraikan oleh lebih 700 orang warga sekolah dan ibu bapa serta penjaga. Dewan Kristal SKSB juga meriah dihiasi dengan warna merah melambangkan tuah dan kebahagiaan.

Sambutan TBC merupakan salah satu daripada Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang dirancang oleh guru-guru SKSB dengan kerjasama Jawatankuasa RIMUP sekolah dalam usaha menyemai semangat kebersatuan warga SKSB yang berbilang kaum.

Guru Besar SK Sungai Bedaun, Puan Dg. Sarifah binti A. Mahmod dalam ucapannya berkata adalah menjadi tanggungjawab seluruh warga sekolah untuk saling hormat-menghormati memekarkan semangat perpaduan dan kekitaan yang menjadi tunjang kekuatan dalam setiap kejayaan yang dikecapi sekolah.

Warga SKSB teruja mengambil gambar kenang-kenangan bersama Singa

Menurut nya lagi Sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah diadakan dalam suasana sederhana tetapi meriah. Ianya diharap dapat membudayakan amalan penyayang di kalangan warga sekolah seperti nilai keikhlasan, kasih sayang dan hormat menghormati. 

“Beberapa aktiviti akan dilaksanakan di peringkat panitia. Semangat hidup bersatu padu dalam sebuah masyarakat majmuk di negara padu dalam sebuah masyarakat majmuk di negara ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi agar murid-murid dapat menghormati kaum lain dan hidup bermasyarakat dengan harmoni” katanya semasa merasmikan program RIMUP pagi tadi.

Dalam majlis berkenaan juga seramai 17 orang murid SKSB yang berketurunan Cina turut diberi peluang untuk berada di atas pentas dan menerima sedikit duit raya hasil sumbangan seluruh warga sekolah. Perkara ini selaras dengan penekanan kepada aspek kasih sayang, kegembiraan serta saling menghormati yang ditekankan dalam pelaksanaan Pendidikan Sivik di sekolah.

Murid-murid berketurunan Cina menerima Ang Pow daripada Guru Besar

Majlis juga telah diserikan lagi dengan persembahan tarian singa yang cukup sinonim dengan TBC. Kegembiraan dan keterujaan murid berbilang kaum di sekolah ini jelas terpancar sebaik sahaja kumpulan persembahan tarian singa tersebut memasuki perkarangan sekolah. Jemputan tarian singa ini adalah hasil inisiatif guru-guru SKSB yang menginginkan pengalaman firsthand experience murid-murid menyaksikan persembahan tarian singa dalam jarak yang lebih dekat.

Puan Dg. Sarifah juga berkesempatan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Unit HEM SK Sungai Bedaun serta guru-guru di atas usaha yang cukup cemerlang bagi menjayakan sambutan TBC peringkat sekolah pada tahun ini. 

Berita Oleh : SK Sungai Bedaun

Puan Dg Sarifah menerima gubahan limau simbolik acara dari kumpulan persembahan singa .Turut kelihatan barisan penolong-penolong kanan.
Puan Dg. Sarifah menyampaikan cenderahati kepada Pengurus kumpulan persembahan Singa Sambil diperhatikan oleh Encik Mohd. Aizam(kiri sekali), Penyelaras Program Puan Zubaidah Yusof (dua dari kiri) dan Puan Noraliza (paling kanan)

Loading

image_pdfimage_print