Kesedaran Peri Pentingnya Pembudayaan Sifat Keusahawan SMK Labuan

Encik Ismail bersama Encik Saminan (5 kanan), Saudari Nurdieya Farhana (5 kiri), Puan Noritah (4 kanan) dan Puan Fazlinah (3 kanan) bersama warga sekolah

Labuan, 10 Feb 2020 – “Transformasi Minda Keusahawanan”, Hari Pembudayaan Keusahawanan (HPK) SMK Labuan tahun 2020 mendapat sambutan meriah yang telah diadakan pada 5 Februari lalu di perkarangan sekolah SMK Labuan.

Kesedaran peri pentingnya membudayakan sifat keusahawanan dalam diri pelajar SMK Labuan terus diberi perhatian. Ini dibuktikan dengan kesungguhan dan penganjuran kali ke empat sejak tahun 2017.

Melalui HPK, empat objektif utama telah digariskan iaitu :

1. Mewujudkan interaksi dan perkongsian idea dalam kalangan pelajar mengenai ilmu perniagaan dan keusahawanan.

 2. Memberi pendedahan dan memupuk minat pelajar terhadap pengendalian program, bekerjasama dan nilai keusahawanan

3. Sebagai platform menguji kebolehan, semangat bekerjasama dan kepimpinan khususnya pelajar-pelajar Pengajian Perniagaan dan warga Tingkatan Enam SMK Labuan amnya terhadap menjayakan program berbentuk keusahawanan.

4. Membentuk jati diri bercirikan usahawan iaitu sedar bahawa tidak akan menunggu pekerjaan semata-mata tetapi mencipta peluang pekerjaan kepada orang lain.

Encik Ismail, Saudari Nurdieya Farhana dan Encik Saminan melawat salah sebuah gerai murid
Encik Ismail menyempurnakan penanda perasmian HPK bersama Encik Saminan (kiri) dan Saudari Nurdieya Farhana (kanan)

Sebanyak 24 gerai telah dibuka melibatkan aktiviti-aktiviti berunsurkan keusahawanan seperti jualan buku-buku terpakai, alat tulis, produk kesihatan, pakaian dan tudung, selain makanan dan minuman.

Pada tahun ini HPK SMK Labuan telah berjaya mengumpul jumlah jualan keseluruhan sebanyak RM 10,762,45.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru, murid Tingkatan Enam serta murid-murid Tingkatan 4 dan 5 yang mengambil mata pelajaran Perniagaan dan Sains Rumah Tangga yang telah menjayakan HPK 2020.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail Abdullah. Turut hadir Penolong Kanan Pusat Tingkatan 6, Encik Saminan bin Sabtu, Ketua Unit Pengajian Perniagaan, Puan Noritah @ Noriani binti Madina (Penyelaras Program), dan Pensyarah Pengajian Perniagaan, Puan Fazlina binti Razali (Penolong Penyelaras Program).

Pengurus Projek HPK tahun 2020, saudari Nurdieya Farhana Zalina binti Suhaili, pelajar Tingkatan 6 Atas Fasih.

Encik Ismail menyampaikan ucapan perasmian
Antara gerai yang mengambil bahagian dalam HPK
Puan Noritah bersama bekas pelajar Ting 6 SMK Labuan yang hadir memberi sokongan kepada HPK
Puan Noritah bersama staf Jabatan Kesihatan yang turut memeriahkan HPK

Loading

image_pdfimage_print